[VIDEO] ‘Syukur Alhamdulillah’ – Nora Danish Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Bermula daripada petang semalam, Nora Danish dan suami melalui laman Instagram memuat naik perkembangan berada di hospital untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Melalui gambar dan video yang dikongsi, mereka nampaknya sangat teruja dan tidak sabar menunggu kehadiran Ney Ney.

Terbaru, Astro Awani melaporkan Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi. Selain daripada suami dan ahli keluarga, rakan baiknya Betty Rahmad turut berada di hospital dan telah berkongsi video ini. Tahniah!

Saat menunggu kelahiran

Selain ditemani suami, ahli keluarga serta rakan baik Nora Danish turut berada di hospital untuk memberi kata-kata semangat kepada Nora Danish. Malah, Nora Danish sendiri telah berkongsi gambar dan videonya yang sangat teruja menunggu kelahiran Ney Ney.

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki!

 

Menerusi Astro Awani, Nora Danish telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.98kg melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sebelum ini Nedim Nazri melalui perkongsian di Instagram menjangkakan Nora Danish akan bersalin sekitar minggu ini.

Still so beautiful

Sumber : Instagram Betty Rahmad & Nedim Nazri , Astro Awani

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?