[VIDEO] Temu Bual Bersama Isteri Allahyarh4m Saleem.. Arw4h Saleem ‘Happy Go Lucky’- Sahabat Seperjuangan

“SAYA sempat melawatnya semalam. Sebagai kawan lama, firasat saya memang merasa hayat Saleem tidak akan lama.

“Akhirnya 6.30 pagi ini saya dikhabarkan dengan panggilan daripada isterinya, Juriah memberitahu berita sedih ini,” kata pemain gitar Iklim, Umarul Mahdzar Embong, mengulas mengenai kem4tian Saleem.

Sebagai rakan karib sejak zaman awal pembabitan Saleem sebagai penyanyi, Umarul berkata, dia sudah merancang agenda untuk membantu Saleem.

“Saya dan beberapa rakan penganjur serta penaja sudah berbincang untuk menganjurkan satu konsert amal bagi mencari dana untuk tampung kos perubatan Saleem.

“Rancangannya 70 peratus akan diberikan kepada Saleem tapi kami reda hasrat ini tak kesampaian.

“Dalam senarai artis yang dicadangkan ada Mus May, Awie, Syafiq Farhain dan Ameng,” katanya kepada Harian Metro.

Ditemui di perkarangan bilik jenaz4h Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, Umarul berkata, konsert ini sepatutnya berlangsung pada Disember.

“Buat masa ini biarkan perkara ini diam dahulu bagi menghormati arw4h.

“Mengenali arw4h, dia seorang yang ceria, tidak pernah murung dan ‘happy go lucky’.

“Kalau kita nak berkawan dengannya, kita kena memahaminya dengan lebih mendalam.

“Jika tidak, macam-macam perkara neg4tif akan diperkatakan,” katanya.

VIDEO PENUH : Temu bual bersama Isteri Allahyarh4m Saleem di Tanah Perkubur4n Islam Cheras Perdana selepas majlis pengebumi4n.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro via IslamikInfo


Apa Kata Anda?