[VIDEO] ‘Tengok Banyak Kali Pun Tak Puas! Cincau Betul!’ – Lawak Azad ‘Nak Putih’ Bikin Netizen Pecah Perut!

Pelakon Azad Jasmin yang dikenali dengan gelaran sebagai Pak Azad sangat terkenal dalam media sosial dengan gelagat lawaknya. Suami kepada selebriti cantik, Eira Syazira sering kali memuatnaik video lawaknya di laman sosial Instagram. Tidak kurang juga, isterinya yang sangat aktif memuatnaik video Pak Azad di Instagram Eira sendiri.

Mesti ramai netizen mengatakan Eira Syazira merupakan wanita yang sangat bertuah kerana mempunyai seorang suami yang kelakar. Malah, hari-hari ada sahaja benda yang akan Eira kongsikan kepada semua peminat Pak Azad, gelagat kelakar suaminya itu. Sampaikan Eira sendiri pun tak boleh nak kawal ketawa.

Baru-baru ini, pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan sesi photoshoot bagi majalah Pa&Ma. Ketika Pak Azad sedang di makeup oleh MUA terkenal, Eira sempat lagi merakam video lawak suaminya. Video tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram Eira Syazira.

Cover mag Pa&Ma @eirasyaziraofficial @kumpulanmediakarangkraf @aina_itam

A post shared by Pak Azad KingSmaN (@azadsyazirarose) on

Tengok sahaja muka Pak Azad dalam video tu memang tak tahan nak gelak. Apatah lagi part yang Pak Azad cakap “dah alang-alang gelap gelita macam ni, hari ni I nak jadi cina lah…“. Gaya percakapan dan mimik muka Pak Azad yang seakan lembut membuatkan netizen berasa terhibur. Rata-rata netizen yang menonton memberikan komen di Instagram Eira, mereka sangat suka Eira dan suami menghiburkan semua peminat.

VIDEO :

Usaha men-cina kan Azad yang gelap gelita katanya ????

A post shared by ROTIKAYA (@rotikaya) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : KisahDunia

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?