[VIDEO] Video Klip Lagu Cover By Fathia – Sakit, Dapat Perhatian Ramai Sedih Tahap Potong Bawang!

Sungguhpun terpalit dengan pelbagai kontroversi dari masa ke masa, pelakon Fathia Latiff tidak pernah putus asa untuk cuba perkara baru dalam kehidupannya.

Seperti yang semua tahu, adakalanya Fathia juga mempunyai aktiviti kegemaran menyanyi lagu-lagu popular dan dikongsikan di Youtube dan media sosial.

Terbaru Fathia telah membuatkan ramai ternganga dan amaze dengan kualiti vokalnya menyanyi lagu I Am Neeta Sakit!

MH akui lagu ini memang sedap dan terus menusuk hati! Tetapi dengan arrangement dan suara Fathia membuatkan lagu ini semakin ‘meremang’ bila mendengarnya.

Tambah pula dengan video klip Fathia berlari dan mengekspresikan kesedihannya lagi membuatkan lagu ini membawa penuh makna.

Okay tak nak cakap banyak, korang dengar sendiri lagu versi Fathia!

Nampaknya ramai yang meminta untuk memainkan lagu ini sepenuhnya kerana suka dengan cara nyanyian Fathia dan boleh relate dengan lagu ini!

MH memang puji hasil lagu dan video klip yang dilakukan ini memang cantik!

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?