[VIDEO’] “Wah Suara Live Sama Macam Rekod!” – Lunak Sedap Didengar, Zara Zya Dipuji Netizen?

Memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, nampaknya selebriti Zara Zya sudah meluaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pula.

Terbaru Zara menerusi laman Instagramnya telah memuat naik video klip pendek di mana dia menyanyikan lagu berkenaan secara langsung di rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Tampil dengan single terbaru bertajuk Tiada Dendam, siapa sangka pelakon ini berjaya mencuri hati netizen dengan kemerduan suaranya.

Menariknya, pelakon berkenaan berjaya menyanyikan lagu berkenaan secara langsung dengan merdu dan sempurna.

Rata-rata memuji kelunakan suara Zara, malah ada yang terkejut dan bertanya mengapa dia tidak memulakan kerjaya penyanyi dari awal.

Video berkenaan yang dimuat naik beberapa jam yang lalu berjaya meraih lebih 100K tontonan di laman Instagram.

Comel tak hero video clip saya? @jaynazif_official ???? eh hi @babyshimaofficial kat belakang ???? . . . Malam ni 8pm Music Video Tiada Dendam akan keluar di @youtube tau. korang standby okay ???????? #tiadadendam #mtvtiadadendam

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Tiada Dendam yang diciptakan oleh Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam dan dirakamkan pertengahan tahun lalu berkisar mengenai hubungan cinta yang kandas di pertengahan jalan.

Sumber Instagram Zara Zya

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO’] “Wah Suara Live Sama Macam Rekod!” – Lunak Sedap Didengar, Zara Zya Dipuji Netizen? – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.