[VIDEO] ”WOW! Hebat Nyanyi Hindustan.. Haa Tepuk!” – Suara Siti Nordiana Nyanyi Hindustan Di Smule Power Habis!

Pelakon, pengacara, dan penyanyi, Siti Nordiana Binti Alias atau lebih gemar disapa sebagai Nana mula berkecimpung dalam bidang seni suara pada sekitar tahun 90-an lagi. Dia juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie.

Walaupun Nana sangat sibuk dengan kariernya dalam nyanyian dan lakonan, namun siapa sangka wanita gigih ini mempunyai perniagaan busana muslimah dan jenama tudung sendiri. Malah, Nana juga semakin aktif dalam bidang usahawan kosmetik. Terbaru, dia mempunyai jenama gincu yang dilabelkan sebagai SND.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Nana telah dijemput ke stesen radio bagi segmen Pagi Hot FM. Nana telah berkongsi satu video dia menyanyi lagu hindustan menerusi aplikasi Smule.

Lucunya, geng Pagi Hot FM yang dikenali sebagai El membuat gaya rentak hindustan dibelakang Nana dan Haziq. Menerusi Instagram Nana juga, dia mengatakan bahawa mereka merupakan hantu hindustan. Semua lagu-lagu hindustan mereka minat.

“Kitorang memang hantu hindustan..”

Nana juga telah memuatnaik satu lagi video part di mana sahabatnya, Haziq Hot FM menyanyi lagu hindustan. Rata-rata netizen telah memberikan komen di laman Instagram Siti Nordiana. Netizen memuji suara Nana nyanyi lagu hindustan sangat sedap dan syahdu.

Power habis Siti Nordiana nyanyi lagu hindustan

VIDEO :

Haziq HOT FM juga tak kurang hebatnya

VIDEO :

Hebat Nana nyanyi hindustan, haa tepuk

Gila bayang dibuatnya

Sedapnya suara, melting

Kena dengan suara Nana

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Siti Nordiana

SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] WOW, Hebat Nyanyi Hindustan. Haa, Tepuk – Suara Siti Nordiana Nyanyi Hindustan Di Smule Power Habis - Kisah Kini

Comments are closed.