
Ahad lalu, semasa siaran langsung Piala Malaysia Perak menentang Terengganu, wajah Zizan Razak berjaya di rakamkan semasa beliau berada di tempat penyokong Terengganu di Stadium Shah Alam.
Selepas kekalahan Terengganu menentang Perak, Zizan memuat naik foto beliau dan Mira Filzah di laman instagramnya dengan kapsyen yang tertulis..
“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang beriman sahaja selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you tersenyum.
“Tahniah buat pasukan Perak. Terengganu kita cuba lagi tahun hadapan, InsyaAllah,” tulisnya.
Zizan sempat bergurau menyifatkan kekalahan tersebut adalah untuk membuat pelakon, Mira Filzah tersenyum dan gembira.
Sekali lagi dalam program Jozan semalam , Zizan di bahan oleh rakannya Johan kerana kekalahan Terengganu.
VIDEO :
tak pasal-pasal @zizanrazak869 kena bahan sebab Terengganu kalah haritu.
Posted by Meletop Trending on Tuesday, October 30, 2018
Rata-rata netizen terhibur dengan lawak Jozan kali ini..ada yang menyatakan ia lawak fresh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : JomBaca via SoyaLemon