[VIDEO]”Banyak Kali Ulang! Muka Terkejut Tu Win Giler!”-Gempak Habis! Surprise Birthday Janna Nick Bikin Netizen Tergelak!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat yang terkenal dengan drama yang menaikkan namanya berjudul “Syurga Nur”, iaitu Janna Nick. Dia merupakan artis serba boleh kerana mampu melakonkan pelbagai watak dan lakonannya pasti terkesan di hati penonton. Malah, Janna juga merupakan seorang penyanyi dan pengacara melodi. Dia juga antara selebriti yang berperangai giler-giler dan selamba.

Baru-baru ini, Janna Nick telah mencuri perhatian netizen dengan memuatnaik satu video surprise birthday party yang telah diraikan oleh glam squad. Video tersebut telah dimuatnaik oleh Janna beserta dengan kapsyen pendek “belated birthday surprise from glam squad..thanks everyone..“. Janna telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 23 tahun pada tahun ini.

Menerusi video tersebut, Janna sangat terkejut sehingga timbul perasaan malu dalam dirinya. Yelah, siapa sangka tiba-tiba ada orang nak buat surprise birthday party untuk dia. Muka terkejut Janna dalam video ni memang win giler. Suka betul tengok Janna gelak.

Rata-rata netizen yang menonton video surprise birthday Janna Nick telah memberikan pelbagai reaksi dan komen yang lucu di laman Instagram miliknya. Ada netizen yang mengatakan Janna nampak sangat cantik sangat..Walaupun Janna nampak malu-malu tapi Janna tetap comel.

Malah, ada juga netizen akui Janna sangat beruntung kerana ramai orang sayang kan dia. Bukan itu ja, ada yang sanggup ulang video surprise birthday Janna banyak kali jugak sebab nak tengok muka Janna.

Janna dapat surprise birthday party daripada glam squad…

belated birthday surprise from glam squad.. thanks everyone ❤️❤️❤️ @sharhimkhan @messib99 @iamzianazain @sheila_mohamad @bobocinta @mapheez @arm.rahmat #sayangketatsendatpadat in @primavalet #ezuwanismailbyprimavalet

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

 

Malu pun cute, cantik sangat…

Memang meletup…

Bajet malu, walhal…

Happy birthday idola…

Muka terkejut tu win…

Banyak kali ulang tengok…

Sumber: IG Janna Nick

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?