[VIDEO]”Dah Gelak Terguling, Boleh Swing Mood Tu Jadi Sedih…”-Salute! Lakonan Nabila Huda & Fizz Fairuz Buat Korang Emosi Sangat!

Selebriti berkulit hitam manis dan berperangai giler-giler, Nabila Huda tidak dapat dinafikan lagi setiap lakonan yang dijayakan oleh Nabila Huda pasti mencuit hati netizen serta meninggalkan kesan lakonannya kepada para penonton.

Baru-baru ini, Nabila huda ada memuatnaik satu video scene tak jadi antara dia dengan pelakon Fizz Firuz dalam laman media sosial Instagram. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Walaupun dah ketawa, perjuangan kena tali pinggang harus di teruskan yeeee..“. Dalam pada Abil dan Fizz menjayakan babak-babak yang kasar dan keterlaluan, namun disebalik babak kesakitan itu, rupanya ada perkara yang manis.

Dalam video tersebut, Abil menunjukkan babak di mana tiba-tiba dia ketawa ketika Fizz ingin menampar mukanya. Namun dia berubah kembali kepada watak Kamariah yang didera oleh suami. Cepat betul Abil berubah mood dia daripada gembira terus kepada sedih.

Rata-rata netizen yang menonton video lakonan Nabila dengan Fizz Fairuz berasa sedikit lega kerana dalam set penggambaran drama tersebut ada juga gelak ketawa rupa-rupanya. Malah, ada netizen memberikan komen memuji kedua-dua selebriti hebat ini dalam berlakon. Netizen memberikan respect terhadap komitmen yang diberikan oleh Abil dan Fizz demi menjayakan watak dalam drama itu.

Scene tak jadi Nabila Huda dengan Fizz Fairuz, mula kelakar lepas tu seram…

Walaupun dah ketawa,perjuangan kena tali pinggang harus Di teruskan yeeee..???? @fizzfairuzofficial #kamarkamariah

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

 

Dua-dua terbaik, power…

Salute lakonan Abil dengan Fizz…

Dah nampak gelak-gelak, lega hati…

Dah gelak terguling boleh swing mood…

Sumber: Nabila Huda

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?