[VIDEO]”Kesian Adab Tak Ada! Kalau Nak Main Telefon, Baik Duduk Rumah Ja!”-Gelagat Video ‘Ziarah Raya’ Tauke Jambu Bikin Netizen Ketawa!

Kecanggihan telefon pintar sekarang banyak disalahgunakan. Apatah lagi tidak bersesuaian dengan tempat dan masa. Sampaikan ada yang menziarah rumah orang pun masih sibuk mengadap telefon. Turut kesal dengan perkara ini, pelawak dan pelakon iaitu Tauke Jambu yang telah menegur netizen menggunakan satu video yang telah dirakam olehnya di laman media sosial. Video ini mempunyai makna dan pengisian mengenai adab netizen pada zaman sekarang.

Terbaru, Tauke Jambu ada memuatnaik satu video di laman Instagramnya mengenai adab ketika ‘Ziarah Raya’. Video tersebut seakan memerli netizen yang datang beraya ke rumah orang, namun tuan rumah bercakap sorang-sorang. Dengan dunia moden sekarang, budak kecil pun sudah memiliki telefon. Memang akan wujudnya golongan anti sosial disebabkan terlalu taksub dan obses dengan komunikasi alam maya.

Namun video tersebut telah menggambarkan situasi sebenar apa yang terjadi dalam kalangan netizen sekarang yang datang ke rumah orang dan tidak bersembang dengan tuan rumah.

Malah, Tauke telah memuatnaik video beserta dengan kapsyen seakan memerli “Haaaa pergi open house rumah siapa tu? Kalau dah sampai rumah gua memang wa ajak shooting..”.

Rata-rata netizen terhibur menonton video Tauke Jambu mengenai ‘Ziarah Raya’. Bak kata netizen memang sakit hati lah beraya rumah orang tapi masing-masing mengadap telefon.

Tauke Jambu cakap dengan siapa tu?

VIDEO:

Sian ckp sorang2 semua bz dgn hp hehehe

Ya allah punya beria bercakap…

Cakap dengan dinding..

Sumber : ig tauke jambu / Kepoh Kuat.com


Apa Kata Anda?