[VIDEO]”Saya Tak Tipu Kak, Berjurai Air Mata Tengok…”-Netizen Menangis Baca Luahan Hati Zarina, Sebak Habis!

Kebahagian dan kasih sayang antara mak, ayah, ibu, adik-beradik, suami isteri, anak-anak pastinya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mereka merupakan orang yang menjadi tulang belakang sehingga siapa kita sekarang pada hari ini. Benar lah kata pepatah “money can’t buy happiness“.

Pelakon Zarina Zainuddin atau lebih manja dipanggil sebagai bonda merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata, Azal dan Azil yang mempunyai penyakit Autisme.

Baru-baru ini, Zarina ada memuatnaik satu video mengenai sebuah keluarga untuk tatapan semua netizen. Malah, video tersebut merupakan suatu peringatan dan kesedaran betapa pentingnya hubungan kekeluargaan antara adik-beradik. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen panjang lebar daripada Zarina di laman Instagramnya sendiri.

Menerusi kapsyen daripada Zarina, dia mengingatkan agar semua netizen menghargai dan belajar menerima kekurangan ahli keluarga terutama sekali antara adik-beradik. Percaya atau pun tak bila dah besar masing-masing sibuk bekerja. Bak kata Zarina,  jadikan Aidilfitri sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan adik-beradik.

Zarina turut berpesan supaya netizen tidak memutuskan hubungan dengan adik-beradik. Kalau boleh biar lah sayang tu sampai ke mati dan jangan lah kita dengki-mendengki antara adik-beradik. Dia mengingatkan supaya waspada dengan duit kadang ianya boleh melelapkan sehingga kita kabur dengan harta dunia.

VIDEO:

 

Semua ada kekurangan Semuga kita dapat menerima kekurangan ahli keluarga kita adik beradik kita.. Dan jadikam Aidilfitri ini sebagai jambatan untuk kita menyambung tali silaturahim antara kita.. Saya pun sama.. Kadang teringat adik beradik teringat aruah atok nenek dan adik adik adik yang dah tiada laju airmata.. Dulu rumah kecik takde bilik tido macam bom meletop pun kita pun kasih sayang tu rapat kita tu takde sapa boleh pisahkan.. Sekarang dah besar masing masing bawak haluan hidup jimpa bila ada kematian.. Alangkah sedihnya.. Bila kita dah ada 2-3 org anak Baru kita paham perasaan kasih dan sayang yg sebenar di antara adik beradik Masa kecik,tak abang kakakla suap dan ngasuh adik2 dia Esok dah besar Semua ni tinggal kenangan Emak nanti pn dah xada Air dicincang xkan putus Anak anak ingat yea.. Adik beradik jangan putus hubungan.. Sayang sampai ke mati usah berdengki.. Sapa ada lebih tolong yang susah.. Yang susah pulak jangan harapkan duit orang biar kita takde dari kita meminta.. Sedih bila kita dihina.. Biar hilang duit jangan hilang maruah.. Ingat tu anak anak.. Usaha InsyaAllah Allah bantu jika kita rajin usaha.. Allah tu maha kaya.. Orang kaya pun tak kaya bahagia macam orang susah ,dorang kaya duit jer.. Kita terbeliak mata terkabur dengan harta dunia.. Waspada lah duit kadang boleh melelapkan kita.. Jangan lupa bila kita bagi terus lupakan ..bukan ingat dulu aku pernah bagi kau sekarang kau kena bagi aku.. Allah akan tolong permudahkan.. ????????

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak dan menangis. Apa tidaknya, satu persatu seorang abang yang dah berusia menyuapkan makanan ke dalam mulut adik-beradik yang lain. Bergenang air mata netizen tatkala membaca luahan kapsyen Zarina.

Malah, kata-kata Zarina sedikit sebanyak menyedarkan hati netizen agar tidak terlalu leka mengejar duit sehingga menggabaikan hubungan dengan keluarga dan adik-beradik.

Bergenang air mata…

Nangis tengok video ni…

Berjurai air mata…

Sebak…

Sumber: IG Zarina Zainuddin

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?