“Sumbang Mambang, Vokal Ke Laut, Menyanyi Syok Sendiri” – Netizen

Nampaknya lagu single terbaru Fazura, berjudul Can’t Forget Me semakin mendapat tempat dihati ramai pendengar apabila berjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes, sekaligus berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.

Baru-baru ini Fazura telah menyanyikan lagu tersebut secara langsung di Konsert Elmina Lakeside. Di konsert tersebut Namawee dan Shane Fillan dari Kumpulan Westlife turut diundang untuk membuat persembahan.

VIDEO :

Namun, nyanyiannya secara langsung di konsert tersebut mendapat kritikan daripada netizen. Ini bukan kali pertama suara Fazura dikritik. Ada juga seorang netizen meluahkan rasa kecewa dengan mutu suara Fazura serta mengatakan lagu tersebut tidak sesuai suaranya.

Bagaimanapun, ada netizen yang memuji cara nyanyian Fazura menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini.

Kata netizen lagi walaupun persembahan secara live itu tidak 100 peratus sempurna, namun Fazura menyanyi dengan baik sekali. Apa-apa pun lagu baru Fazura ini memang sedap didengar.

Lagu Baru Fazura Tewaskan Lagu Ariana Grande

Baru sahaja beberapa jam dilancarkan, lagu single terbaru FazuraCan’t Forget Meberjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes. Malah lagu tersebut juga berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.

“Hari Jumaat yang penuh rahmat, Subhanallah. Terima kasih semua yang mendengar lagu ini. Apapun, saya masih menggemari Ariana Grande. Lagu terbarunya sangat ‘lit’. Berada di tangga pertama selepas tujuh jam dilancarkan sangat mengejutkan saya”

“Namun, saya tetap berpijak di bumi nyata. Saya gembira kerana anda semua menyukai lagu ini, seperti juga saya. Dengarkan dan yakinlah diri anda sangat perkasa,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Difahamkan isteri kepada Fattah Amin itu merakamkan lagu hasil ciptaanya sendiri dengan kerjasama dari pihak luar negara, Willy Beaman dan Cameron Forbes di Los Angeles, California, tahun lalu.

Malah video muzik berkenaan juga melakar sejarah tersendiri apabila ia dikatakan video muzik paling mahal pernah dihasilkan oleh Universal Music Malaysia untuk artis tempatan. Wah! hebat betul Fazura!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: rotikaya


Apa Kata Anda?