[VIDEO] Yabang, Vokalis Khalifah Belanja Lagu ‘Madah Berhelah’ Dari Ziana Zain

Ia bukan soal tandus idea tetapi keadaan ekonomi – antaranya – menghalang kumpulan Khalifah menghasilkan album lebih awal.

Terjejas dengan status ekonomi sendiri, vokalis Khalifah, Yabang, memberitahu ada banyak aspek dan soal keluarga perlu diambil kira sebelum mereka memutuskan untuk mengeluarkan album baru.

“Kami bukan orang senang, yang lahir saja terus ada duit dalam bank. Ada antara kami yang mempunyai wang sekadar mencukupi untuk keperluan harian,” katanya kepada Malaysiakini kelmarin.

Kali terakhir mereka menghasilkan album sebelum ini ialah tiga tahun lalu.

Kata Yabang anggota Khalifah terjejas dengan keadaan ekonomi sehingga pendapatan mereka tidak mengizinkan untuk menyiapkan album terbaru.

Yabang – atau nama sebenarnya Awang Sulong Oyong – berkata turut merumitkan keadaan Khalifah ialah situasi syarikat rakaman yang menaungi mereka

“Beberapa tahun lepas, syarikat rakaman MVM Production menghadapi masalah. Pada ketika itu pula terlalu ramai artis berada di bawah syarikat berkenaan yang perlu diberi pendedahan.

“Kami pula berasa perlu memberi peluang itu kepada mereka terlebih dahulu,” katanya.

Kini dikenali ramai dengan lagu Hang Pi Mana, Khalifah yakin Cerita Kita dapat memikat hati peminat dan mereka akan mendapatkan album itu di pasaran.

“Kami tidak perlu risau. Peminat pula tidak perlu dipaksa untuk membeli album kerana mereka bijak mengurus kewangan dengan baik,” katanya.

Cerita Kita turut memasukkan Hang Pi Mana yang sebelum ini diterbitkan sebagai single, selain Kerbau Di Payung, Jika, Puteri dan Assalamualaikum Ustazah.

Kumpulan Khalifah ditubuhkan pada 2006 dan sejak itu terkenal dengan identiti tersendiri apabila tampil dengan pelbagai elemen budaya tertentu seperti lagu Ni Hao Ma dan Saiba.

Kumpulan yang membawakan genre rock itu juga berjaya membuktikan lagu-lagunya sering menjadi siulan peminat biarpun pernah dilabel sebagai band kampung.

“Walaupun dilabel kumpulan kampung, kami bangga kerana sekurang-kurangnya banyak band kenduri kahwin memainkan lagu kami.

“Itu saya sudah cukup membuatkan kami bersyukur,” katanya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : 90Minit via SoyaLemon


Apa Kata Anda?