Wany Hasrita Sudah Dilamar.. Betul Ke, Siap Sarung Cincin Ni?

Foto yang dimuat naik oleh akaun Instagram milik syarikat rakaman FMC Music mencetuskan tanda tanya netizen.

Akaun Instagram terbabit berkongsi foto seorang wanita yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Bintang Paling Popular ABPBH31, Wany Hasrita.

“Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?” tertulis di bahagian kapsyen.

Di bahagian komen entri terbabit, rata-rata peminat mula berspekulasi dan berteka-teki adakah benar penyanyi kegemaran mereka kini sudah bergelar tunangan orang.

Wany turut meninggalkan komen pendek, ‘Euw’ di entri terbabit.

Ada juga peminat yang meneka dan merasakan foto terbabit merupakan salah satu adegan yang dimuatkan dalam muzik video lagu duet terbaru Wany bersama Tajul yang berjudul Aku Serius.

Menanam impian untuk mempunyai sebuah majlis pernikahan serba ringkas, dihadiri keluarga dan sahabat terdekat tanpa kehadiran pihak media, penyanyi Wany Hasrita kelihatannya sangat bersemangat bercerita mengenai gambaran hari bahagianya itu.

Si manis ini sebenarnya tidak pernah menolak andai jodoh datang terlebih awal meski fokus lebih pada kerjaya seni pada waktu ini. Wany sedar, andai ia sudah jadi ketetapan dan takdir Tuhan, mengapa perlu menafikan?

Pun begitu, sayang sekali, ia hanyalah sebuah angan-angan yang masih belum tercapai. Memandangkan si cantik manis ini sebenarnya masih belum menemui ‘Putera Idaman’ yang 
mampu mencuri hati dan menyunting dirinya, lambat lagi dia akan bergelar isteri.

Dikaitkan gosip bercinta dengan beberapa orang lelaki dengan ada antaranya menyebut nama Tajul dan Khai Bahar, Wany juga tidak terkejut apabila mendapat tahu dirinya dikaitkan dengan bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat.

Komen peminat

Mesti @tajulofficial p melamar @wanyhasrita kn…

Harapan menggunung ingin lihat @wanyhasrita dan @tajulofficial bercinta dan kahwin…

Serius ah ? Hahaha…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Wany Hasrita, FMC, Pesona Pengantin via Gempak


Apa Kata Anda?