Zahirah MacWilson dapat ayah baharu

KUALA LUMPUR 25 Mac.- Pelakon cantik Zahirah MacWilson menerima ahli keluarga baharu selepas ibunya Maslinda Yusoff, 44, berkahwin kali kedua semalam.

Ibu pelakon ini juga sebelum ini turut mengikat tali pertunangan Disember tahun lalu dengan lelaki yang dikenali sebagai Hairul.

Menerusi laman sosial Maslinda, perkahwinan yang diadakan di Perth, Australia itu turut dihadiri Zahirah dan ahli keluarganya yang lain.

Malah beberapa rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah ke atas perkahwinan Maslinda selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu kisah perkahwinan, Maslinda dengan ayah kepada Zahirah mendapat perhatian ramai apabila Maslinda mendedahkan suaminya ketika itu yang juga seorang pelakon, Zainol MacWilson mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita di Malaysia.

Malah rentetan dari pendedahan itu rumah tangganya yang dibina dengan Zainol selama 22 tahun turut musnah. – UTUSAN ONLINE


Apa Kata Anda?