“Tiba-Tiba Menitis Air Mata dengar Nyanyian Lagu Salam Terakhir.” – Peminat Terharu Dengar Zamani bawa lagu Salam Terakhir.

Sebuah Lagu yang sedih itu bukanlah senang untuk kita mengahayati nya seandainya kita tidak cuba untuk memahami maksudnya. Bait Bait lagu yang boleh memberi kesan pada diri kita semestinya sentiasa menjadi siulan di setiap hari.

Namun,  insan bernama Zamani yang mempunyai vokal yang boleh membuat pendengar pendengar jatuh hati pada suaranya semestinya sentiasa menjadi perhatian dan bualan netizen. Min tertarik pada sebuah lagu yang dibawa oleh Zamani dengan Lagu Salam Terkahir dan netizen menyifatkan nyanyian tersebut boleh menitiskan airmata.

Berikut Merupakan sedikit perkongsian mengenai Biodata Zamani :

1. Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.

2. Awal tahun 2015, beliau ditangkap kerana memiliki dan mengambil d@dah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.

3. Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada najis d@dah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016.

4. Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.

5. Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.

6. Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).

7. Selain meraih pelbagai pengiktirafan anugerah, kumpulan Slam yang dianggotainya juga telah mengadakan beberapa konsert berskala mega dan antara yang paling diingati ramai pastinya Konsert Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 dengan iringan gah muzik orkestra bertempat di Stadium Negara.

8. Bagaimanapun, kemunculan semula Zamani pada tahun 2016 kurang mendapat sambutan kerana beliau mendakwa single yang dikeluarkan berjudul Tambatan Hati tidak dimainkan di stesen radio hingga tidak disedari peminat.

9. Namun Zamani enggan berputus asa untuk terus mengeluarkan single berkualiti demi diterima semula dalam dunia hiburan.

10. Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Gegar Vaganza Musim Ke-5 baru sahaja berakhir. Dan ramai melihat Gegar Vaganza Musim Ke-5 ini adalah pentas penyanyi legenda, Zamani Slam. Auranya begitu besar untuk menarik ramai audien tidak kira peminat baru atau peminat lama beliau.

Zamani seperti diketahui ramai, pasti akan membuatkan sesiapa terpuukau mendengar suaranya yang lunak merdu dan tiada duanya kemerduan suaranya. Kita akan terbuai-buai mendengar suaranya yang lembut itu.

Tetapi mungkin ramai juga yang pernah mendengar beliau membawakan lagu dari Allahyaarh4m Sudirman Haji Arshad yang cukup berkesan di hati iaitu ‘Salam Terakhir’. Mungkin ada artis lain yang cuba membawakan lagu tersebut tetapi tetap tidak mampu memberi kesan yang mendalam seperti penanyi asalnya dalam menghayati lagu tersebut.

“Siapa Kata Zamani Tak Boleh Nyanyi Lagu Rap..”, Lagu kedua yang dibawa oleh Zamani pada pentas Gegar Vaganza musim kelima :

“Siapa Kata Zamani Tak Boleh Nyanyi Lagu Rap..” – Hadirin Terkesima Persembahan Zamani dan Billy Zulkarnain.

“Siapa Kata Zamani Tak Boleh Nyanyi Lagu Rap..” – Hadirin Terkesima Persembahan Zamani dan Billy Zulkarnain.

Posted by Video lagu jiwang viral on Sunday, November 18, 2018

Tetapi Zamani membuktikan dia mampu membawakan lagu tersebut dan memberi kesan kepada orang yang mendengarnya. Lagu tersebut dibawakan olehnya ketika konsert Slam Di Singapura pada tahun 2012 yang lalu.

Tonton Dan Dengar Zamani Menyanyikan lagu ‘Salam Terakhir’ di bawah ini :

“Tiba-Tiba Menitis Air Mata dengar Nyanyian Lagu Salam Terkahir….”

“Tiba-Tiba Menitis Air Mata dengar Nyanyian Lagu Salam Terkahir….” Zamani Ibrahim dendangkan Lagu Salam Terakhir.. Jom layan..

Posted by Video lagu jiwang viral on Monday, November 19, 2018

Antara komen dari netizen yang terharu mendengar dia membawakan lagu tersebut dengan penuh perasaan :

Itulah zamani, penyanyi yang mampu memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar melalui alunan suara yang jujur dan penuh perasaan. Berilah lagu apa sahaja kepada beliau, beliau tetap mampu meningg4lkan kesan kepada sesiapa yang mendengarnya

Disebalik kacamata itu.. mungkin ader titisan airmata yg penuh sedih berlinang…jika benar.. sabar lah wahai insan bernama Zamani..ketahui lah berjuta yg sayang dn doa kn kamu..

Lagu yg paling menyeramkan dan bersyahdu.. Sebijik..sebijik rangakap dan bait dari Zamani. Sesungguhnya suaramu aura buat peminat mu tanpa mngira umur dan bangsa.. Sedap dan lunak merdu… Mantap.. Keep it up my prenz… Insahallah…

I trusted & believed that zamani is trying his best to get on his confident level after 20 years comeback….he is moving on frm a step to a step until his finding himself on track again for 2nd songs.

Di harapkan semoga beliau terus sihat untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura, Brunei Dan Indonesia. Zamani, the one and only!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Ciungwanara / Beritakopak / VLJV


Apa Kata Anda?