Zamani Belanja Lagu Perpisahan Yang Kau Pinta Dalam Meletop, Terkedu Neelofa Dan Nabil Dengar

Jika anda masih ingat sewaktu konsert GV 5 Zamani Slam telah menggemparkan seluruh peminat tanahair apabila hilang suara sewaktu melakukan persembahan.

Berjuta peminat beliau menangis apabila melihat penyanyi pujaan mereka kaku di pentas smbil berusaha melontarkan suara namun gagal.

Skrol ke bawah untuk lihat video

Lebih mengharukan apabila penonton telah sama-sama menyanyi lagu ” mengapa perpisahan yang kau pinta” mengiringi Zamani yang tertunduk kelu di atas pentas.

Sementara itu dalam rancangan Meletop episod terbaru semalam, tetamu jemputan iaitu Zamani sendiri telah diberi peluang untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

Klip video tersebut telah dikongsi di Instagram Meletop. Berikut kapsyen yang ditulis;

” lahai merdunya suara @zamanislam_official..Itu pun dia baru nyanyi berapa saat je kot..belum full lagi dah rasa macam wow

” wahhhhh dapat jugak tengok zamani nyanyi lagu “mengapa perpisahan yang kau pinta” walau pun sikit je merdu betol la suara… bunyi daripada dia tak penah menipu, nyanyian jujur dari hati touching”

Sementara itu seorang netizen memberi komen dengan memuji suara Zamani yang tiada tolok bandingnya.

” MasyAllah merdunya suara abg zamani. Antara penyanyi legend yg suara tiada tolok bandingan pd saya ialah arwah Saleem, zamani, jamal abdillah”, kata netizen bernama Wollywonder

Terdahulu Zamani Ibrahim tampil memohon maaf kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada­nya yang berhadapan dengan masalah kehilangan suara pada malam konsert Gegar Vaganza (GV) pada Ahad lalu.

Dalam permohonan maaf yang dibuat di laman sosial Instagram rasminya hari ini, Zamani, 47, turut merakamkan penghargaan di atas doa-doa yang dititipkan oleh peminat-peminat setianya.

“ Maaf kepada semua kerana tidak dapat menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada malam konsert kelima. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yang diberikan pada malam itu,” kata Zamani yang memuat naik ucapan itu di akaun Instagram, @zamanislam_official.

Penyanyi yang cukup terke­nal dengan lagu Gerimis Mengundang itu, bagaimanapun, tidak memaklumkan sama ada dia akan meneruskan perju­­a­ngannya dalam program terbitan stesen televisyen yang kini memasuki musim kelima.

Permohonan maaf secara terbuka dibuat Zamani selepas namanya menjadi perhatian dan perdebatan peminat setia­nya serta warganet selepas kegagalannya meneruskan nya­nyian menerusi lagu Me­ngapa Perpisahan Yang Kau Pinta di­sebabkan peti suaranya ‘koyak’.

Sekalipun gagal menghabiskan nyanyian, Zamani diberikan peluang kedua menerusi imuniti penaja iaitu pe­ngasas produk kesihatan dan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang membolehkan pe­nyanyi itu meneruskan cabaran.

Sementara itu, Zamani turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan penerbitan serta rakan-rakan artis lain yang turut bertanding dalam GV musim ini kerana tidak ketinggalan memberi sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus buatnya.

Dalam ruangan komen Instagram itu juga, sebilangan besar peminatnya turut menitipkan kata-kata semangat selain mendoakan kesihatannya akan kembali pulih seperti sedia kala.

Jom baca apa komen netizen

1) Teringat mase dia tak blh nyanyi ari tu..Sedih sgt.Nk repeat tgok yg record rasa tk smpai hati Tapi mlm tadi dgar ni sedap betol laaa suaraa dia

2) Xheran pun zamani kt lofa kei.selalu lelaki suka tgk puan cantik

3) wollywonder MasyAllah merdunya suara abg zamani. Antara penyanyi legend yg suara tiada tolok bandingan pd saya ialah arwah Saleem, zamani, jamal abdillah

4) lisaairinnnn Zamani is the best. Terbaikkkkkkkkkkkk Sdappnya suara abg zamani..skit nyanyi dah meremang bulu roma.

Jom layan video di bawah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: IG meletops via Gnews


Apa Kata Anda?