Zamani Berdepan Risiko Lumpvh – Duit Kemenangan Akan Digunakan Untuk Menampung Kos Rawatan..

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

PENYANYI Zamani berdepan risiko lvmpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani, 47, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, buat masa sekarang dia bergantung dengan ubat tahan s4kit.

“Menurut doktor, tulang belakang saya sudah bengkok teruk dan mencadangkan saya buat pembedahan. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lvmpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kes4kitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan s4kit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan s4kit.

Bagaimanapun, Zamani yang mendapat tempat ketiga tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami s4kit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

“Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.

“Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu,” katanya.

Zamani berkata, duit kemenangan RM30,000 akan digunakan untuk menampung kos rawatan s4kit tulang belakang itu.

“Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan,” katanya.

GV5 Akhir: Zamani beraksi ‘lebih daripada biasa’, buktikan kemampuan sebenar

Meskipun tidak bergelar juara seperti yang diharapkan para peminat tegarnya, namun kumpulan penyokong Zamani di seluruh negara mengecap kepuasan apabila penyanyi kegemaran mereka itu akhirnya membuktikan kemampuan yang ‘lebih daripada biasa’.

Zamani meninggalkan cenderamata paling istimewa buat semua apabila menjayakan persembahan battle bersama Billy Zulkarnain menerusi lagu Bunga dendangan asal Altimet.

Pergerakan lincah dan ketepatan nyanyian mengikut tempo pantas serta menyanyikan baris rap membuatkan para penonton teruja dengan percubaan Zamani.

Begitu juga dengan persembahannya secara duet dengan Ameng menerusi Lagu Jiwa, Lagu Cinta, yang menyaksikan Zamani begitu selesa mengalunkan lagu daripada penyanyi asal Mazi dan Datuk M. Nasir tersebut.

Ternyata, pelantun lagu Gerimis Mengundang itu benar-benar mahu menebus kekecewaan dirinya tidak dapat beraksi dengan baik dalam salah satu minggu konsert hingga mencetuskan kontroversi.

Sebelum itu, setiap kali malam konsert di sepanjang program itu berlangsung, Zamani sering dilihat tidak memaksimumkan ruang pentas di Auditorium MBSA berkenaan dan hanya menumpukan perhatian pada nyanyiannya.

Namun untuk aksi di peringkat akhir, ini persembahan Zamani yang tidak akan dilupakan para peminatnya:

Zamani Slam menjadi perhatian utama di pentas Gegar Vaganza musim kelima. Sebuah lagu berjudul Lagu Jiwa Lagu Cinta diberikan kepadanya dan duet bersama Ameng Spring.

Zamani duet Bersama Ameng :

Setelah selesai menyanyikan Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Ameng, Zamani sekali lagi membuat persembahan dengan lagu Rap iaitu lagu Bunga bersama Billy Zulkarnain. Jom lihat video nya dibawah.

VIDEO :

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan perihal genre lagu yang dibawa oleh zamani. Persembahan yang membuatkan juri berdiri ini membuktikan Zamani mampu untuk menyanyi lagu Rap. Namun, mampukah Zamani menjadi Juara Gegar Vaganza pada musim kelima pada tahun 2018?

Jom Lihat juga apa kata netizen dibawah :

wuhuuuu..zamani juaraaaa gv5

Serious mmg sedap

Zamani over dosse malam.ni terbaikkkkkkkkkkk dasyat joget..

Aku sorang jeke yang tak puas tgk zamani rap..hahahaha omg legend  

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro


Apa Kata Anda?