“Sakit Demam Tak Pernah Dia Cerita” – Zamani Slam Kaku Ketika Gegar Vaganza Namun Juri Turut Menyanyikan Lagunya

KEMUNCULAN Zamani di konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelima tetap mendapat pujian dan dianggap berani daripada juri Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.

Vokalis kumpulan Slam itu sepatutnya menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits, namun akibat masalah suara, dia tidak dapat menyanyikan lagu tersebut.

Sambil menahan sebak dan mengangkat tangan tanda maaf, penonton, juri tetap serta jemputan seterusnya membantu Zamani menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.

AC Mizal memberitahu sepanjang 27 tahun kariernya di dalam industri seni, situasi inilah yang pertama kali dilihat.

“Inilah masalah yang mungkin orang tak faham mengenai penghibur. Tapi awak sangat berani. Hari ini awak sudah membuktikan betapa lagendanya anda apabila awak tak perlu nyanyi tetapi peminat dan penonton yang tolong menyanyikan untuk awak,” katanya.

Bersetuju dengan komen AC Mizal, Khatijah Ibrahim yang mesra di sapa dengan panggilan ibu Khaty turut menyampaikan kata-kata semangat kepada Zamani.

“Ini harus diteruskan kerana apa yang awak buat, mana orang pergi, tak boleh menyanyi pun orang tetap suka. Jangan risau, we love you,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ramli MS mengakui situasi itu memberi kesukaran buatnya dan meminta Zamani untuk cuba menyanyi dengan nada rendah, namun akhirnya turut mengakui bahawa suara penyanyi tersebut telah ‘koyak’.

“Saya perlu berbincang dengan Astro…” ujarnya ringkas selepas mendengar Zamani menyanyi.

Sementara itu, penaja utama Datuk Aliff Syukri berharap agar Zamani tidak disingkirkan kerana masalah kesihatannya.

VIDEO :

Zamani Slam 'Hilang Suara' GegarVaganza 5

Kerana masalah kesihatan, Zamani Slam tidak dapat melakukan persembahan namun peminat malah juri turut menyanyikan lagunya. Semoga cepat sembuh abang Zamani. U are a legend ❤️

Posted by Gelak Sakan on Sunday, October 28, 2018

Antara komen netizen

Sedihnya..

Sebak aku…

Sakit demam tak pernah dia cerita…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : SinarHarian/Instagram syeda.rasyid


Apa Kata Anda?