[VIDEO] Kelakar Zara Zya Parodi Ziana Zain Tercampak Mic

Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya ‘terbang’ ketika membuat persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung Ahad baru-baru ini.

Bagaimanapun Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, menyifatkan insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai ‘drama lucu’ sepanjang karier nyanyiannya.

Image result for ziana tercampak mic

“Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

“Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sejak petang Isnin, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan mikrofon yang dipegang Ziana terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri persembahannya.

Bagaimanapun Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan ‘That’s it, Thank You!‘.

Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap profesional penyanyi itu.

Video tersebut menjadi bualan ramai di laman sosial dan ramai yang memuji sikap Ziana yang terbuka dan bersahaja walaupun berhadapan dengan situasi berkenaan.

Sementara itu Ziana berkata, sebagai seorang penyanyi, insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana individu di atas pentas termasuklah selebriti bertaraf antarabangsa.

Sejak tamatnya KLFW 2018 12 ogos lalu, kisah Ziana Zain yang tercampak mic seolah terimbas kembali. Tengok la Zara Zya ni parodi kak Ziana yang tercampak Mic sewaktu miming lagu Ziana Zain.

VIDEO:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG zarazya/ admaxpt


Apa Kata Anda?