[GAMBAR] Zizie Izette Dapat ‘Anugerah’ Lagi!

Selepas melahirkan kembar pada bulan Disember tahun lalu, Zizie Izette kini sudah hamil hampir lima bulan dengan anugerah baru. Alhamdulillah!

Bayi kembar lelaki yang menghampiri usia setahun dinamakan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Sebelum itu, Zizie turut mempunyai dua orang angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zyn Izette yang berumur setahun.

Walau bagaimanapun Zizie Ezette mengakui berasa bimbang dan takut untuk melalui detik untuk hamil dan melahirkan bayi dengan kaedah pembedahan sekali lagi.

Bagaimanapun, Zizie, 39, berkata, doktor memberitahu bahawa dia selamat untuk mengandung semula selepas lima bulan bersalin.

“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan.

“Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,” ujarnya di Instagram pada Sabtu.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie dapatkan nasihat doktor tentang kehamilannya.

Dalam pada itu, menjawab soalan netizen berkaitan risiko terhadap kandungannya yang masih terlalu awal, Zizie berkata, dia sudah mendapatkan nasihat daripada pakar berkaitan hal itu.

“Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi.

Semoga semuanya dipermudahkan buat Zizie.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : GengJoyah


Apa Kata Anda?