Peminat teruja gandingan Neelofa, Zul Ariffin

KUALA LUMPUR 7 Feb.-Tidak sampai satu jam selepas pengacara popular, Neelofa mengumumkan dia bakal bergandingan dengan Zul Ariffin dalam sebuah drama ketika mengacara MeleTop malam tadi, media sosial dibanjiri dengan gambar mereka berdua.

Rata-rata peminat kedua-dua pelakon popular ini tidak sabar untuk menyaksikan gandingan mereka buat pertama kali dalam sebuah drama dan mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua anak seni itu.

Menganggap harapan dan tanggungjawab itu sebagai satu sokongan tidak berbelah bahagi peminat, Neelofa mahu memberikan yang terbaik dan mengharapkan agar semua peminat sabar menantikan drama istimewa itu.

“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran.

 

If Monday had a face, this is what it would look like ! Great week ahead guys ????

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

Sumber : UtusanOnline

Kredit; Soyalemon


Apa Kata Anda?