[FOTO & VIDEO] “Susah Payah Saya Keluarkan Duit Sendiri..” – Zulin Aziz Kongsi Persiapan Untuk Berkahwin Namun Tidak Kesampaian

Semalam menerusi entri di Instagram (IG), Zulin berkongsi foto beliau di salah satu butik perkahwinan dengan kapsyen ”Semoga dipermudahkan amin ya rab @mahligai_dlia_jane_bridal thank youuuuu semua cantik sampai kelabu mata nak pilih tapi puas hati 😍”

Ramai pengikutnya mengucapkan tahniah dan yang mengusik ‘ bau nasi minyak’

VIDEO :

Semoga dipermudahkan amin ya rab @mahligai_dlia_jane_bridal thank youuuuu semua cantik sampai kelabu mata nak pilih tapi puas hati 😍

Posted by Like SHARE on Sunday, October 7, 2018

Setelah itu beliau berkongsi lagi foto memakai gaun pengantin namun kapsyen kali ini seperti sedang hadapi kesukaran.

Namun entri terakhir dalam IG Zulin menjawab segala pertanyaan.

Terima kasih pada semua yang mendoakan

Ucapan tahniah itu membuat hati saya 💔

Untuk apalah saya nk buat gimik?

Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.

Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.

Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.

Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.

Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.

Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.

Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.

Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang.

Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.

Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.

Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.

Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.

Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain.

Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi..

Maafkan saya😭🙏🏼 #danketikaitu

Harap Zulin tidak bersedih dan cepat move on seperti mana video yang pernah Zulin Kongsi dahulu.

VIDEO :

Cara2 untuk move on bila putus cinta 😂Sumber: Ustazah Zulin Aziz

Posted by PenMerahdotcom on Saturday, October 21, 2017

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Instagram Zulin Aziz via SoyaLemon


Apa Kata Anda?