Bukan sikit-sikit, berjuta jugalah ‘deme’ derma

Selain mengecapi populariti, mereka juga dikenali sebagai ahli dermawan yang sanggup berhabis berbilion-bilion untuk aktiviti amal di seluruh dunia.

Mesti ramai tertanya-tanya, siapakah selebriti yang dimaksudkan? Jom, mari kita sama-sama baca 5 senarai nama di bawah.

Oprah Winfrey

Tidak dinafikan, kebanyakan populasi manusia di dunia kenal dia. Pendapatan sebagai pengacara rancangan berjudul The Oprah Winfrey Show memang sangat lebat. Meskipun itu, dia tidak lupa untuk berkongsi sebahagian wangnya untuk tujuan amal.

Menerusi Yayasan Oprah Winfrey, sebanyak AS$40 juta telah didermakan untuk program kesihatan dan pendidikan golongan wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia, dedah majalah People.

Jamie Gertz

Aktres ini pernah mencipta nama dalam beberapa buah filem seperti Sixteen Candles The Lost Boys, Less Than Zero dan sebagainya lagi. Sejak berkahwin dengan jutawan pelabur bernama, Antony Ressler pada 1989, dia dan suaminya telah menubuhkan satu sebuah yayasan yang diberi nama Gertz-Ressler.

Lapor majalah Forbes, yayasan tersebut telah menyalurkan sumbangan sebanyak lebih AS$10 juta untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, kesenian. Dedah Celebrity Net Worth.com, Ressler didakwa memiliki aset berjumlah lima bilion manakala, Gertz memiliki pendapatan AS$2 bilion.

Merly Streep

Aktres veteran, Merly Streep pernah menyumbangkan wangnya sebanyak empat juta kepada Yayasan Kesenian Silver Mountain. Selain itu, dia turut memperuntukkan jutaan dolar untuk kegunaan pendidikan di Kolej Vassar.

Mel Gibson

Aktor dan pengarah popular dunia ini pernah merekodkan sumbangan sebanyak AS$10 juta untuk perbelanjaan sebuah hospital.  Gibson turut menderma sebanyak satu juta untuk mangsa taufan Stan di Mexico. Khabarnya, pelakon filem bersiri berjudul Mad Max ini turut mengeluarkan dana sebanyak AS$15 juta untuk tujuan keagamaan.

Angelina Jolie dan Brad Pitt

Pasangan ini sememangnya dikenali sebagai selebriti dunia yang prihatin terhadap misi kemanusiaan. Untuk rekod, mereka telah memperuntukkan sebanyak lapan juta bagi tujuan tersebut. Tidak hanya itu, mereka turut mengambil beberapa orang anak angkat dari beberapa buah negara.

Alec Baldwin

Sejak tahun 2011, Alec telah mendermakan wang sebanyak AS$1 juta kepada The New York Philharmonic dan AS$500,000 kepada Roundabout Theater Company. Sumbangan ini dibuat kerana minat beliau terhadap dunia kesenian. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : -MHE TV

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*