
Bencana alam yang berlaku di Sulawesi dan Palu, Indonesia, tempoh hari telah membuka mata ramai masyarakat terhadap keagungan kuasa Tuhan. Dapat disaksikan juga beberapa buah tempat beribadat seperti masjid masih kukuh berdiri dan tidak roboh.
Mesti ramai antara kita terfikir, kenapa masjid tidak roboh meskipun dilanda tsunami kuat? Seorang pengguna Twitter, Zamir Mohyedin mengutarakan persoalan ini dari sudut sains dan senibina bangunan. Mungkin hujahannya ini dapat menjawab persoalan itu.
Antara sebab utama sesetengah masjid masih berdiri ketika banjir adalah kerana masjid banyak ‘lompong’ dan pintu masuk. Masjid kebanyakannya berdiri dengan tiang yang banyak. Banyak pula lubang di sana sini di dinding-dinding masjid.
Apabila berlakunya langgaran banjir atau tsunami, hentaman yang masjid terima tak begitu kuat kerana masjid bagi air lalu (flow) melalui ‘lompong-lompong’ yang luas itu. Bila banyak ruang yang luas terbuka ini, hentaman rendah, tekanan pun rendah.
Banyak bangunan seperti rumah-rumah di sekeliling masjid mudah runtuh sebab rumah ini dibina dengan cara ‘tertutup’. Yang terbuka cuma pintu kecil keluar masuk dan tingkap yang kecil. Bila ada hentaman banjir atau tsunami, air tak dapat lalu (flow) dengan baik. Jadi hentamannya akan jadi kuat dan tekanannya akan jadi lebih tinggi, sebab itulah mudah hancur. Ia tak macam masjid yang lebih terbuka.
Selain itu, masjid juga dibina daripada bahan yang lebih kuat berbanding rumah-rumah di sekeliling. Masjid banyak duit, nak cari bahan yang kuat bukan benda susah. Saban tahun ‘renovate’. Rakyat biasa mana mampu nak ‘renovate’ setiap tahun.
Ini pula gambar-gambar gereja, dan monumen agama lain yang tidak runtuh ketika berlakunya bencana.
Katanya lagi, kita akui kuasa Tuhan. Tetapi jangan jadikan masjid berdiri sebagai simbolik kebenaran Islam. Sama juga hal-hal lain. Terbentuknya nama Allah pada awan, buahan, haiwan, bukan membuktikan kebenaran. Kebenaran adalah pada wahyu.
Tahukah anda, dapat gunakan akal kita untuk menjelaskan kuasa Tuhan merupakan suatu yang ajaib. Kerana akal adalah antara ciptaaan Tuhan yang paling agung. Mengapa kita sering anggap sesuatu yang tak boleh dijelaskan sebagai ajaib?
Explaining this does not mean denying the power of God. ?
Pengguna Twitter ini mengutarakan beberapa persoalan terhadap bencana alam dan keagungan agama Islam. Hujahannya ini berlandaskan aspek sains dan senibina secara dasarnya.
Komen netizen;
Dengan izin Allah…
Ya betol.. orang melayu dah lama pratikkan senibina mcm tu…
U ma bro really explain this one by theory n logik akal…
Sementara itu, kejadian tsunami yang melanda beberapa buah kawasan sehingga mengakibatkan keruntuhan bangunan dan masjid juga dikaji oleh beberapa pengkaji Barat. Jamie W. McCaughey membuat kajian terhadap tsunami yang melanda beberapa bangunan menggunakan teori sosial persekitaran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady
Sumber: Twitter @zamirmohyedin via @OhBulan