Terkini – Banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur, Ramai Terkandas

Beberapa kawasan di pusat bandar khususnya Ampang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Paras air yang tinggi di kawasan Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen menyebabkan beberapa kenderaan terkandas, sekali gus berlaku kesesakan jalan raya.

Parkir KLCC

Pusat beli belah serta banyak tempat tumpuan orang ramai seperti KLCC, Ampang Point, Hospital Ampang dinaiki air. Kawasan bukit Ampang yang tinggi terputus hubungan akibat banjir lumpur yang melanda kawasan itu.

Sementara itu, pengunjung di sebuah gedung perabot di Cheras di sini terkejut apabila kawasan parkir kereta dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Lembah Klang petang tadi.

Hujan lebat bermula kira-kira pukul 4.30 petang itu mengakibatkan kawasan parkir tersebut dinaiki air dan menyebabkan kesesakan bagi mereka yang mahu keluar dari gedung tersebut.

Parkir Ikea Cheras

Difahamkan kenderaan yang mahu keluar dari kawasan parkir tersebut terpaksa menunggu lebih setengah jam tanpa diketahui puncanya.
“Pemandu kenderaan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang kawasan tersebut akan dinaiki air,” kata pengunjung yang enggan dikenali kepada Utu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : RatuSembang


Apa Kata Anda?