Inilah Trak Yang Termahal dan Termoden Di Dunia Kepunyaan Sultan Johor

Memang tidak asing lagi dimata rakyat Johor ,empunya siapa Trak ini yang tampak begitu gah dengan rekaan eklusifnya.

Trak kepunyaan Sultan Johor ini  dikatakan trak termahal setakat ini.Trak ini dicipta oleh syarikat Mack Trucks bertempat di salah satu cawangannya di Brisbane, Australia dengan mengambil masa setahun untuk sebelum siap sepenuhnya.

Trak ini juga merupakan trak termahal dan paling mewah di Australia yang pernah dikeluarkan oleh syarikat Mack Trucks buat setakat ini.

Mempunyai 685 kuasa kuda dengan kelajuan 100 km sejam,dikatakan mengatasi harga trak peribadi buatan US sebelum ini yang berharga sebanyak $481,000 (RM1,457,490).Namun begitu harga sebenar trak ini yang bertemakan warna bendera Johor dirahsiakan harganya.

Berbaloi dengan harganya trak ini mempunyai banyak kemudahannya ,diantaranya ialah:

–  6 sistem kamera CCTV yang dihubungkan menerusi 2 buah TV berskrin leper di dalam trak.

– Lampu polis dan empat buah hon yang besar.

– Lampu jalur(strip-lighting) yang boleh diprogram dipasang sepanjang lantai trak ini.

– Lambang di raja disulam dengan 72 ribu jahitan benang emas pada bahagian tempat duduk hadapan.

– Perhiasan patung harimau emas pada bahagian hadapan trak hasil sentuhan Wallace Bishop.

– Set katil berkembar dengan balutan kulit yang diimport dari Afrika Selatan.

– Ruang santai pada bahagian belakang trak dilengkapi dengan pelindung matahari, kerusi santai, dan juga set BBQ yang boleh ditarik dan disimpan.

– Ruang dapur batu (stone-topped kitchen) dilengkapi dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, dan juga pemanggang.

– Sistem audio bunyi keliling dari Bose.

– Konsol permainan video Xbox dan juga Playstation.
– Keseluruhan lantai trak diperbuat menggunakan kayu jarrah (jarrah timber).

– Trak ini menggunakan tayar berjenama Michelin model X1 yang lebar bagi melancarkan perjalanan.

Antara sebahagian rekaan trak ini

Tempat untuk bersantai di bahagian belakang

Lambang di Raja disulam dengan 72 ribu jahitan benang emas pada bahagian tempat duduk hadapan.

Patung Harimau emas yang terletak di hadapan trak.

Ruangan pemanduan di reka ala ala cockpit

Set Katil Berkembar Dari Kulit Di Impot Khas Dari Afrika Selatan

Malah terdapat juga ruangan dapur yang begitu lengkap seperti dapur di rumah

Trak ini juga mempunyai ruangan konsol bagi permainan video Xbox dan juga Playstation.

Inilah sedikit dari perkongsian Trak Sultan Johor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : BeautifulInara via Panji Khalifah


Apa Kata Anda?