Anak Kucing Ini Diselamatkan Dan Menemui ‘Abang Angkat’ Yang Mirip Dengannya! Sejak Itu, Mereka Tidak Boleh Dipisahkan

Kenali Unagi, seekor anak kucing yang diselamatkan dari maut kini hidup bahagia dan telah bertemu dengan ‘abang angkat’ yang kelihatan mirip sepertinya!

Pada Jun lalu, Unagi telah dibawa ke pusat kawalan haiwan yang terletak di Yamaguchi Prefecture, Jepun. Keadaan Unagi telah disedari oleh seorang wanita.

@suzume0513

“Saya melihat dari laman sesawang secara kebetulan ketika sedang bekerja dan mendapati anak kucing itu kelihatan seperti kucing saya, Suzume. Selain itu, anak kucing hanya dibenarkan untuk tinggal di pusat haiwan selama seminggu sahaja.”

Jadi pada 26 Jun, wanita ini memutuskan untuk mengambil cuti dan terus memandu ke Yamaguchi bagi menyelamatkan Unagi. Dia memulakan perjalanan dari jam 4.30 pagi dan akhirnya berjaya membawa Unagi pulang ke rumah baharunya.

Pada awalnya, Unagi kelihatan sangat takut dan gementar. Jadi, Unagi hanya duduk di dalam sangkar.

“Unagi baru berusia 2.5 bulan dan seberat 860 gram.”

@suzume0513

Sama seperti Unagi, Suzume turut mempunyai kisah yang lebih kurang sama. Suzume telah diselamatkan oleh tuannya dan sejak itu, mereka hidup bahagia bersama.

@suzume0513

Apabila setibanya di rumah, Suzume yang mendengar bunyi mengiau dari ruang tamu terus berlari untuk melihat siapa yang dibawa pulang oleh tuannya itu.

@suzume0513

Setelah melihat wujudnya seekor anak kucing lain, Suzume dan Unagi mula membentuk hubungan untuk memperkenalkan diri.

@suzume0513

Setelah kedua-duanya mula membiasakan diri, mereka mula berinteraksi dan membentuk perhubungan yang lebih rapat. Lama-kelamaan, Unagi yang semakin selesa mula mengikuti ke mana sahaja abang angkatnya itu pergi.

@suzume0513

Apabila si abang berehat di atas rak, Unagi akan cuba memanjat untuk berpelukan bersama Suzume.

@suzume0513

Apa yang membuatkan kisah ini semakin comel adalah apabila Suzume tidak pernah menunjukkan rasa tidak selesa atau marah terhadap si kecil itu.

@suzume0513

Sesempit mana pun, Suzume akan tetap melayani kerenah adiknya itu dengan baik. Malah, Suzume akan cuba memberikan ruang buat Unagi agar kucing ini dapat berpelukan dengan abangnya.

@suzume0513

Suzume turut meluahkan kasih sayangnya dengan menjilat bulu Unagi dan menjaganya seperti seorang abang yang baik.

@suzume0513

Mungkin kerana Suzumen sendiri seekor kucing yang diselamatkan, jadi Suzume faham dan mengetahui apa yang si kecil itu perlukan iaitu kasih sayang dan keluarga.

@suzume0513

Dalam masa beberapa minggu sahaja, kedua-dua kucing comel ini menjadi akrab dan sangat rapat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi!

@suzume0513

Malah, mereka juga kelihatan seiras! Memang pasangan yang sesuai!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: LoveMeow via @EraBaru

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*