[VIDEO]Pengorbanan Seorang Ayah Yang Cuba Memastikan Keluarganya Mendapat Yang Terbaik Walau Dirinya Mempunyai Kekurangan

Seorang ayah yang prihatin dan menyayangi keluarganya mengubahsuai motosikal miliknya untuk menghindari keluarganya daripada basah akibat hujan. Melihatkan binaannya pada paparan video ini sungguh memberi kelainan baru kepada penunggang dan ahli keluarga yang mahu menumpang.

Kita semua mengetahui bahawa kenderaan motosikal banyak membantu kita melakukan sesuatu pekerjaan ataupun membeli barangan keperluan harian. Ia salah satu alternatif yang banyak membantu termasuklah menghindari kesesakan lalu lintas dan juga mudah untuk menempatkan motosikal anda di kawasan padat berbanding dengan memandu kereta.

Namun terdapat kelemahan utama bagi setiap pemandu motosikal dan ini juga boleh menjejaskan tugasan harian mereka iaitu menunggang dalam keadaan hujan. Sekiranya hanya berharapkan pada baju hujan sahaja, ia masih tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya akibat hujan.

Melihatkan seorang ayah yang mengambil berat kepada ahli keluarganya, beliau telah mencipta pelindung motosikal. Dimana pelindung ini menutup sebahagian besar motosikal tersebut termasuklah bahagian atas. Apa yang menariknya tentang motosikal ini, ia juga dilengkapi dengan pengelap cermin. Mengagumkan bukan?

Pelindung tersebut diperbuat daripada lapisan akrilik jelas untuk melindungi angin dan hujan agar penunggang dan penumpang di dalamnya tidak basah. Melihatkan anak-anaknya tidak sabar setiap kali menunggangnya, mengatakan bahawa ciptaan ayah ini telah menyinari hidup mereka.

VIDEO : 

Lelaki Ini Mengubahsuai Motornya Demi Keluarga Tersayang

Jasa seorg ayah/suami . Sedaya upaya ingin menyenangkan keluarga walau dunia mentertawakannya

Posted by Gelak Sakan on Sunday, October 7, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : EraBaru


Apa Kata Anda?