MasyaAllah! Pesakit K0ma Bersalin, Berada Di Ambang M4ut Di Atas Katil, Bangkit Dari ‘Tidurnya’ Untuk Sihat Seperti Sediakala..

Alhamdulillah, semalam, setahun berlalu, setelah k0ma dua minggu, dia bangun dari “tidurnya”. Daripada keadaan yang n4zak, harapan yang sangat tipis atas ilmu manusia, sekarang berdiri gagah, segalanya hampir seperti sediakala.

Semalam ziarah nurse-nurse di Acute Stroke Ward HSNZ (doktor-doktor memang selalu jumpa masa appointment kat klinik) yang telah bertungkus lumus memastikan rawatan terbaik, bagi mengucapkan terima kasih atas jasa baik mereka.

Jelas, mereka sangat gembira apabila melihat pesakit yang k0ma, berada di ambang m4ut di atas katil, bangun dari pembaringan dan kembali kepada keadaan asal yang sihat.

Suatu kepuasan yang tidak ternilai. Bukan mereka yang menyembuhkan, tetapi melalui kemahiran mereka, Allah kurniakan kesembuhan. Ucapan terima kasih sangat bermakna bagi mereka.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik mereka, tidak lupa kepada saudara mara dan juga rakan-rakan yang mendoakan, terima kasih dari kami

kisah benar ini dipetik daripada FB…

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

CERITA LAIN BERKAITAN : Bercerita, pulih k0ma lebih cepat

TIGA minggu lepas seorang wanita berumur 50 tahun telah mengalami k0ma selama tiga hari dan kemudian meningg4l dunia.

Menurut doktor yang merawat Allahy4rhamah ketika k0ma, terdapat kemungkinan otak beliau mengalami pendarahan berpunca dari mandi pada waktu malam ketika cuaca panas.

Allahy4rhamah telah menghidap diabetes jenis 2 selama bertahun-tahun. Pada masa sama beliau memang mengalami tekanan darah tinggi.

Pada pandangan penulis, golongan penghidap diabetes jenis 2 yang tidak memerhatikan pemakanan mudah terdedah kepada strok sama ada berpunca daripada darah beku atau pendarahan dalam otak.

K0ma yang dihidapi Allahy4rhamah dikatakan berpunca daripada pendarahan. Tiada berita punca pendarahan sama ada daripada aneurysm (saluran darah seperti arteri atau arteriol membengkak dan kemudian pecah) atau resapan kapilari.

Terkejut atau mandi air relatif dingin berbanding suhu tubuh yang panas pada waktu malam menyebabkan tekanan darah meningkat secara mendadak. Tekanan darah yang melampau menyebabkan darah meresap keluar dari saluran darah misalnya kapilari lalu menyebabkan pendarahan otak.

Penghidap diabetes sama ada diabetes jenis 1 atau jenis 2 yang tidak menjaga paras gula dengan sempurna terdedah kepada risiko strok jenis pendarahan ini jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes.

Glukos berlebihan dalam darah dikatakan boleh bergabung dengan protein dalam proses dikenali sebagai glycation. Kolagen merupakan sebahagian besar protein yang menjadi gam kepada sel-sel. Glycation menyebabkan ia tidak kukuh. Ketidakutuhan dan tekanan darah tinggi dipercayai menyebabkan saluran darah mudah pecah.

Sebahagian besar k0ma dikatakan hanya berlaku selama antara 2 hingga 4 minggu. Namun begitu yang biasa berlaku ialah sesetengah orang k0ma berjaya pulih seperti sedia kala.

Sesetengah yang lain mengambil masa yang panjang untuk pulih. Ada juga mengalami k0ma pada waktu yang lama hingga tiada harapan untuk pulih walau pun pelbagai usaha dilakukan.

Yang memilukan apabila kecederaan yang berlaku pada otak sukar sembuh dan akhirnya si penghidap meningg4l dunia.

Glikogen lemah

Tempoh seseorang pulih daripada k0ma bergantung kepada penyebabnya dan tahap kerosakan yang berlaku pada otak.

Jika puncanya adalah metabolisme misalnya diabetes maka biasa doktor akan merawat dengan ubat-ubatan tertentu di mana sesetengah pesakit akan pulih daripada k0ma pada masa yang relatif cepat (agak singkat).

Sesetengah orang yang k0ma akibat terlebih dos ubat-ubatan, dadah atau alkohol dikatakan pulih dari k0ma apabila bahan-bahan tersebut keluar dari tubuh.

Otak memar akibat kecederaan teruk misalnya berpunca dari pukulan dengan bahan keras, tertembak atau akibat kemalangan juga boleh menyebabkan k0ma. K0ma jenis ini dikatakan agak sukar untuk dirawat.

Rawatan biasanya mengambil masa yang lama di mana sesetengah kes dikatakan sukar untuk pulih.Kajian menunjukkan bahawa prognosis penghidap comatose (k0ma) boleh didapati daripada bacaan Glasgow Coma Scale.

Sebahagian besar (87 peratus) penghidap yang didapati bacaan mereka pada 3 – 4 pada skel tersebut dalam tempoh 24 pertama ketika mula mengalami k0ma dikatakan samada akan meningg4l dunia atau berada dalam keadaan vegetatif.

Sebaliknya sebahagian besar penghidap yang lain (87 peratus juga) yang mempunyai bacaan 11 hingga 15 pada skel dikatakan berpeluang tinggi untuk sembuh. Sila lihat Awake But Not Aware: A Persistent Vegetative State. CBCNews.ca, Mac 22, 2005.

Keadaan vegetatif merujuk kepada keadaan di mana penghidap k0ma kelihatan seolah-olah sedar tetapi sebenarnya tidak bertindak langsung pada rangsangan.

Penghidap akan didapati membuka maka, menguap, menggerakkan kepala atau menggerakkan kaki/tangan yang menyebabkan ahli keluarga menyangka bahawa penghidap dapat bertindak balas terhadap rangsangan.      

Sesetengah penghidap sembuh daripada k0ma tanpa gangguan fizikal atau mental. Kebanyakan penghidap dikatakan memerlukan bantuan dari pelbagai segi termasuk untuk belajar bertutur seperti sedia kala, berjalan dan untuk makan/minum.

Sepertimana penghidap strok, sesetengah penghidap tidak pulih sepenuhnya. Mereka hanya boleh bernafas sendiri tanpa bantuan mesin dan mencerna makanan tetapi tidak dapat bertindak pada rangsangan (stimuli).

Setelah mengenal pasti punca k0ma, doktor akan merawat penghidap berdasarkan diagnosis. Secara umum, penghidap k0ma akan dibekalkan dengan tiub pernafasan yang dimasukkan melalui mulut bagi membantu penghidap bernafas dengan bantuan mesin.

Penghidap dibekalkan nutrien dan air melalui vena (pembuluh darah) atau tiub makanan (feeding tube)

Setiap jenis punca memerlukan kaedah rawatan tersendiri. K0ma akibat kemalangan memerlukan rawatan tersendiri. Jika k0ma berpunca daripada ketumbuhan seperti kanser atau infeksi yang menyebabkan meningitis akan dirawat menurut keperluan penghidap.

K0ma berpunca daripada strok ischemic (thrombosis atau darah beku), aneurysm dan pendarahan (berpunca daripada tekanan darah melampau atau kolagen lemah lalu menyebabkan darah meresap keluar dari kapilari) masing-masing memerlukan rawatan tersendiri.

Jika dilihat dari sudut perubatan Islam, k0ma memerlukan perhatian penuh dari ahli keluarga. Selain menjaga kebersihan tubuh penghidap, ahli keluarga disarankan agar sentiasa mendampingi penghidap dengan perasaan belas kasihan dan kasih sayang.

Ayat al-Quran

Pada waktu tertentu dibacakan surah atau ayat al-Quran tertentu secara perlahan-lahan. Bacaan ayat Quran dipercayai dapat menenangkan hati dan otak penghidap k0ma.

Surah Al-Fatihah atau Surah Yasin misalnya dibaca berulang-ulang kali bertujuan mendapatkan tindak-balas otak bawah sedar penghidap dengan bantuan ALLAH SWT agar mudah pulih.

Ahli keluarga dinasihatkan agar sentiasa mendoakan kesembuhan penghidap di samping minta keampunan ALLAH SWT terhadap segala dosanya. Menurut sebahagian pengamal perubatan Islam, gangguan jin pada sesetengah penyakit termasuk k0ma menjadikan ia semakin buruk atau sukar untuk pulih.

Dalam kes menghadapi ahli keluarga yang mengalami k0ma, utamakan pemeriksaan dan rawatan oleh golongan perubatan moden dahulu. Rawatan sekunder oleh pengamal perubatan Islam perlu dipilih secara berhati-hati.

Gunakan khidmat pengamal yang mengamalkan ilmu berdasarkan al-Quran dan Sunnah agar kita tidak tergelincir kepada kesyirikan.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Northwestern Medicine dan Hines VA Hospital menunjukkan suara orang yang disayangi (misalnya ahli keluarga) yang bercerita kepada penghidap mengenai kenangan yang disimpan dalam memori jangka panjang boleh membantu menyedarkan otak bawah sedar serta mempercepat penyembuhan dari k0ma.

Penghidap k0ma yang mendengar cerita yang biasa didengari sebanyak 4 kali sehari selama 6 minggu melalui rakaman yang didengari menggunakan headphone didapati sedar lebih cepat secara signifikan.

Penyembuhan juga didapati lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mendengar cerita. Sila lihat berita penuh dalam artikel berjudul Family Voices and Stories Speed Coma Recovery di laman Northwestern University.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Mohd Nasir Abdullah via video viral


Apa Kata Anda?