‘Adab Manusia Diambang Kepupusan’ – Nazim Othman Kecewa Sikap Netizen Yang Semakin Tak Beradab

Beberapa hari lalu Nazim Othman dan isteri telah berkongsi gambar percutian mereka ke Korea Selatan melalui akaun Instagram miliknya untuk diabadikan menjadi kenangan. Bagaimanapun, terdapat sesetengah netizen yang memberikan komen sinis dan menulis perkara yang tidak sepatutnya.

Nazim Othman telah memberi respon dengan memuatnaik beberapa status yang menunjukkan kekecewaannya terhadap segelintir netizen yang disifatkan tidak beradab.

‘Dengar headphones, isteri terabai’

Nazim nampaknya masih cuba mengawal emosi dalam melayani kata-kata kesat yang dilemparkan oleh netizem pada beberapa gamabr yang telah dikongsikan melalui akaun peribadinya.

‘Saya simpati dengan mereka yang tidak bahagia dengan hidup sendiri..’

Saya bersimpati orang-orang yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dan menyerang orang lain yang mempunyai kehidupan lebih baik. Semoga Allah memberkati anda dengan lebih banyak rezeki jadi anda tidak perlu mngeluarkan kata-kata pahit, kejam dan menyedihkan.

‘Adab manusia diambang kepupusan..’

Nazim bagaimana pun menulis posting tersebut sebagai satu bentuk buah fikirannya sahaja dalam memerhati bagaimana tindak-tanduk netizen dalam ruang media.

‘Tu belum kira kata-kata kesat yang dihambur sesuka hati..’

Katanya lagi apa yang lebih menyedihkan adalah kepincangan adab dan penaburan fitnah yang juga berlaku dalam kalangan mereka yang dewasa di ruangan media sosial.

‘Apakah ini budaya kita?’

Dia juga turut mengangkat persoalan tentang budaya dan mengajak bersama-sama untuk memperbaiki diri.

 

Credit: nazimothman

Sumber; Ohbulan


Apa Kata Anda?