Dianggap Plastik Gara-Gara Bermesra Dengan Tun Siti, Ini Respon Izara Aishah

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi pengalamannya berhari raya dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini merupakan raya pertama Tuk Ti sebagai ibu dan pastinya Syawal ini lebih berseri dengan kehadiran Aafiyah. Turut kelihatan isteri perdana menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali; suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anak-anaknya; serta pelakon Izara Aishah, yang merupakan isteri Adib.

Foto yang dikongsi di laman Instagram itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap keluarga Siti bertuah.

Namun, ada satu komen yang keterlaluan menganggap Izara Aishah plastik apabila bermesraan dengan Tun Siti. Ini respon Izara Aishah sendiri.

Izara nampak plastik

Menerusi laman twitter, Izara berkongsi komen netizen yang dianggap keterlaluan. Individu itu menganggap Izara seorang yang plastik apabila dilihat bermesraan bersama Tun Siti Hasmah.

Respon Izara

Tolong berambus. Saya sokong Tun bukan kerana parti. Datuk Seri Hishamuddin biras. Kalau awak tak tahu, lebih baik diam. Tun Siti sangat penyayang. Saya bertuah kerana dia memegang dan memeluk saya. Siapa tak sayang dorang? Awak yang plastik dan cemburu.

Netizen nasihat jangan layan

Sumber : Izara Aishah


Apa Kata Anda?