Didakwa Mempermainkan Kematian Jong Hyun, Janna Nick & Sharifah Sakinah Buat Kpop Fans Naik Angin

Selalunya media antarabangsa akan cover story jika artis Malaysia capai satu kejayaan di peringkat dunia. Tetapi semalam, dua artis popular Janna Nick dan Sharifah Sakinah jadi liputan AllKpop kerana mereka didakwa mempermainkan kematian bintang Korea JongHyun yang bunuh diri pada Disember lepas.

Dimarahi peminat K-Pop kerana video ini

Beberapa hari lepas Sharifah Sakinah telah memuat naik video di Instagram Story, di mana dalam video tersebut Janna sedang mewarna rambutnya color blonde. Kemudian kedengaran Sakinah berkata ‘Ini yang mati tu kan?’.

Perkataan itu merujuk kepada bintang K-Pop, JongHyun yang membunuh diri Disember lepas. Bagi peminat K-Pop, mereka merasakan perkataan dan gurauan Sakinah itu sangat keterlaluan. Sampaikan berita itu mendapat liputan dari media antarabangsa.

Sakinah minta maaf

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada Janna Nick kerana dia termasuk sekali dalam isu ini. Untuk pengetahuan anda, Janna Nick tiada kena mengena langsung dalam perkara ini. Kepada peminat K-Pop di luar sana, saya meminta maaf berhubung video di Insta story kerana tidak menghormati artis idola anda (JongHyun). Saya tiada niat untuk memalukan dia. Sejujurnya kami ketawa ketika itu ialah kerana rambutnya yang color bleach blonde. Saya minta maaf jika saya mengguris hati sesiapa kerana video itu. Saya sendiri tidak akan mentertewakan, mempermainkan kematian seseorang oleh kerana depression. Saya harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi. Sekali lagi, saya minta maaf.

Sumber: Twitter AllKpopInstagram Sharifah Sakinah

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?