“Eleh, mentang-mentanglah ko bawa BMW…”

Isu penyalahgunaan lorong kecemasan bukanlah suatu perkara yang baru, malah ianya dikatakan semakin melarat dan menjadi-jadi terutamanya ketika berlakunya kesesakan jalan raya.

Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi sebuah rakaman aksi pemandu-pemandu di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Tapah yang menyalah gunakan lorong kecemasan.

Menurut Apix Ridez II, apabila ditegur, respons yang ditunjukan oleh para pemandu yang memandu di lorong kecemasan itu seseolah langsung tidak menyalahi undang-undang apabila beliau dimarahi kembali oleh beberapa orang pemandu yang lain.

Salah seorang daripadanya merupakan pemandu BMW X6 yang menunjukkan isyarat jari tengah kepada Apix sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap beliau.

Perkongsian Apix itu kemudiannya telah mendapat perhatian netizen yang lain. Rata-rata mereka mengecam tindakan pemandu-pemandu yang menyalahgunakan lorang kecemasan, terutamanya pemandu kenderaan bernombor pendaftaran, ALA 6616 apabila pemandu tersebut menunjukkan isyarat lucah sebagai tanda tidak berpuas hati.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetangah pengguna lain yang turut memberitahu bahawa tindakan Apix yang menunggah motosikalnya di lorong kecemasan turut menyalahi undang-undang jalan raya.

Menurut seorang pengguna lain, tindakan Apix merakamkan kesalahan pengguna jalanraya yang memandu di atas lorang kecemasan itu adalah tidak wajar. Apix yang juga merupakan seorang pengguna jalanraya sepatutnya kena bertolak ansur dengan pengguna yang lain ketika menggunakan lorong kecemasan.

Selain daripada itu, seorang pengguna lain turut mempersoalkan tindakan Apix yang menegur pemandu BMW tersebut. Menurut Angeline Tan, sebagai seorang pengguna lebuhraya yang tidak berbayar, Apix sepatutnya tidak bersuara mempersoalkan tindakan pemandu BMW itu.

Walau bagaimana, tindakan Apix untuk menularkan kejadian itu telah menyebabkan dirinya dikecam oleh netizen lain yang menuduhnya racist kerana membangkitkan isu perkauman.

Sumber : FB Apix Ridez II / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?