Hati-Hati Pergi Rumah Terbuka, Ini Mungkin Terjadi Kepada Anak Anda

HFMD ( Hand, Foot, Mouth Disease) merupakan antara penyakit yang sering terkena pada golongan kanak-kanak berusia 10 tahun kebawah. Kebiasaanya HFMD ni mudah berjangkit melalui sentuhan hidung atau tekak. Itulah pentingnya penjagaan rapi dari ibu bapa, terutama sekali musim perayaan ini.

Seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini apabila anaknya sendiri terkena penyakit ini. Memang sedih sungguh masa raya-raya ini. Semoga ibu bapa ambil iktibar dengan kisah ini. Tak pasal pasal pula nanti anak jadi mangsa.

Terkena jangkitan HFMD masa raya

Dari abg saya Affi Ariff
Salam rakan2 dan kenalan FB.

Saya nak pesan,sekarang musim raya mintak semua beringat2 sebelum terlambat. Anak sy Mia Rumaisya kena jangkitan HFMD masa pergi open house beraya,dlam masa 2 hari saja boleh jadi teruk mcm ni. Dari semalam smpai sekarang anak saya tak boleh tido sebab badan panas gatal2. Sy nak pesan,mak ayah tlong jgn ambik ringan hal mcm ni.

Seakan demam campak

Org sekeliling pun kena main peranan,kalau anak kita dah kena,mintak dijauhkan dgn anak org lain, kalau anak kita belum kena, kita sendiri yg bawak anak kita jauh2. Kita seronok beraya,anak kita yg merana kemudian. Biarla keseronokan beraya tu xde sekarang,dari kita merana tgk anak mcm ni.

Penyakit ni seakan demam campak,tapi petanda HFMD adanya bintik2 merah,bintik2 merah besar yg lebih tertumpu pada mulut,tangan dan kaki

Anak merengek nangis

VIDEO:

Saya cuma berpesan utk rakan2 supaya beringat dan tlong ambik sedikit pengetahuan tentang penyakit ni utk kebaikan kita kelak. Ni saja yg boleh sy bantu. Tolong doakan anak saya cepat sembuh. Amin

Sumber : Fitri Aizuddin / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?