Jurusolek Dakwa Bekas Peserta Realiti TV Liat Langsai Hutang

Dya Zahra (kiri) mendakwa Kiera dan pasangannya (kanan) berhutang bayaran baki selepas tugasannya siap dilaksanakan di Pulau Redang, Terengganu. – Foto dari Facebook dan Instagram

PETALING JAYA: Pertelingkahan antara bekas peserta realiti televisyen dan jurusolek perkahwinan tular sejak beberapa hari lalu apabila masing-masing membuat kenyataan balas di laman sosial mereka.

Kemelut antara kedua pihak terlibat mula tercetus apabila jurusolek perkahwinan tersebut memuat naik status di Facebook pada Rabu mendakwa pelanggannya liat melangsaikan baki bayaran.

Dya Zahra mendakwa dia dibayar sebanyak kira-kira RM700 sahaja berbanding baki bayaran yang dipersetujui pada peringkat awal iaitu lebih RM1,000.

Mengikut kronologi, jurusolek itu diminta untuk membuat solekan bagi empat sesi yang bernilai antara RM500 hingga RM600 setiap sesi.

Posting yang dimuat naik oleh Dya Zahra menerusi laman Facebook pada Rabu.

Namun, diminta untuk menambah satu lagi sesi solekan pengantin untuk malam berinai dan dua lagi sesi solekan untuk ibu pengantin perempuan dan lelaki yang bernilai RM200 setiap seorang.

Bayaran keseluruhan yang perlu dibayar oleh pengantin kepadanya adalah sebanyak RM2,700 tidak termasuk kos pengangkutan.

Konflik antara kedua-dua pihak bertambah rumit apabila bekas peserta realiti televisyen tersebut, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera mendakwa jurusolek terbabit membuat tuntutan tidak munasabah berkenaan caj parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebanyak RM350 bagi tempoh tiga hari.

This MUA tried to deceive us by saying she needs to claim for parking at KLIA2 for RM350 for 3 days. But when we were about to pay her, we checked the claim was actually false. Parking at KLIA2 only cost RM46 per day maximum. So we only paid her RM150 for the claim even though she has failed to provide any receipt regarding this. . I even suggested her to use grab or uber to KLIA2 yet she gave excuse that she really wants to use her car and park at KLIA2. If she really parked at KLIA2 and wants to claim it’s fine, but please provide the receipt. When asked for receipt she flipped and meroyan. But even without receipts we still gave her extra RM150 for the transport to KLIA2. We ourselves personally used Grabcar XL from Shah Alam to KLIA2 which costed us only RM65 per trip. . She also tried to ask for a claim when she came to make up for my nikah session saying ‘make up akak tumpah dalam flight boleh claim tak? Then I asked macamna boleh tumpah then she said eh sebab orang ferry baling then I asked akak tak pegang ke make up bag akak, then she changed her statement saying oh tak sebab waves kuat sgt sampai tertumpah’ . I guess her modus operandi is to make false claims to her clients. . Careful of the MUA you choose on your big day. Please choose MUA that you used to work before as it might going to give you a big headache. . Some really love to take advantage so be careful. . We are business people, we dont simply pay without any reasons.

A post shared by KIERAcatkingdom Cattery ???????? (@kieracatkingdom) on

Dakwa Kiera, dia dan suaminya, Wan Hasifi Amin sudah menjelaskan semua bayaran solekan dan hanya membayar sebanyak RM150 untuk car parkir memandangkan caj maksimum letak kenderaan di KLIA2 adalah RM46 sehari.

Graduan dari Universiti Oxford, United Kingdom itu turut mengemukakan bukti bergambar menerusi laman Instagram bagi membalas dakwaan yang dibuat Dya Zahra terhadapnya.

“Jurusolek ini cuba menipu kami dengan berkata dia perlu membuat tuntutan caj parkir di KLIA2 sebanyak RM350 untuk tiga hari.

“Tapi, apabila kami ingin membayarnya, kami menyemak bahawa tuntutan itu adalah palsu. Caj parkir di KLIA2 hanya bernilai RM46 sehari, maksimum,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Pasangan tersebut mendakwa hanya membayar sebanyak RM150 untuk tuntutan tersebut walaupun Dya Zahra gagal menyediakan sebarang resit sebagai bukti.

Kiera dan suaminya turut memuat naik penjelasan menerusi penstriman langsung di Instagram pada Jumaat bahawa mereka akan membuat bayaran penuh seperti yang dituntut oleh jurusolek itu, namun akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak mereka sebagai seorang pelanggan sekaligus membersihkan nama mereka.

Menurut sumber, pasangan tersebut sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

 

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?