“Kalau mati, orang gemuk & kuat jugak yang angkat hang kera…” – Komen sinis Sharnaaz buat Zaihani ini memang ‘pedih’

Nampaknya masih hangat lagi isu pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain mengenai kenyataannya di Facebook baru-baru ini apabila menghina golongan yang memiliki berat badan 60kg sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Perkara itu juga turut mengundang rasa marah dalam kalangan selebriti bagi menyuarakan pendapat masing-masing kerana menyentuh isu sensitif terutamanya bagi orang berbadan besar.

Terbaru, pelakon hebat Sharnaaz Ahmad telah memuat naik posting di laman Twitter miliknya yang seakan-akan memerli pengulas fesyen tersebut.

“Aaaa kesian nampak dia, patutlah dia marah. Hmmm tapi lain kali jangan mai teruih lah acik…”

Menerusi tweet beserta sekeping ilustrasi berkenaan, pelakon filem Sindiket itu meluahkan perasaan simpati terhadap Zaihani yang kelihatan ‘tersepit’ diantara dua individu berdasarkan lukisan tersebut.

Namun dalam ruangan komen yang lain, abang ipar kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa itu juga memberikan ayat-ayat ‘pedas’ mengenai kontroversi tersebut.

Bila mati, orang gemuk dan kuat jugak yang angkat…

Fuhh memang terasa betul dengan komen yang melibatkan kematian macam ni. Rasa insaf kejap bila terkenang kembali ayat-ayat negatif yang kita lemparkan tanpa memikirkan masalah yang akan timbul di masa akan datang.

Sumber : Sharnaaz Ahmad

Kredit; Ohmymedia 
 


Apa Kata Anda?