‘Kalau Rasa Nak Jadi Perempuan Pi Kerat Buang Bagi Anjing Makan’ – Sharnaaz Ahmad Warning Faiz Roslan

Kecoh di media sosial semalam apabila viral sebuah video parody lagu Shantik daripada seorang Insta Famous, Faiz Roslan.

Video yang merakamkan dirinya menari serta dua lagi rakan yang berpakaian seperti wanita itu telah mendapat perhatian ustaz, Da’i Wan.

PART 2 – I’M BACK MAKCIK BAWANG! Lagi Syantik (PARODY) . #LagiSyantik #LagiSyantikParody #LagiSyantikDance #LagiSyantikDanceChallenge @sitibadriahh . Spam @sitibadriahh @sitibadriahh . Thanks to: @zurylll @tyqotammy @farahinfariz . FULL VIDEO ON MY YOUTUBE CHANNEL! LINK IN MY BIO!

A post shared by F A I Z ⚰️ (@thefaizroslan) on

Ramai yang mula marah dengan tindakan Faiz seolah-olah tidak hormat dengan agama Islam kerana dirinya yang dilahirkan sebagai lelaki menyerupai wanita dan apa yang lebih membuatkan netizen marah adalah kerana dia memuat naik video tersebut pada hari pertama bulan Ramadan yang mulia ini.

Menurut perkongsian Faiz di IG storiesnya, dia berkata sudah berhubung dengan Da’i Wan sendiri menerusi direct message dan meminta agar netizen tidak masuk campur urusan mereka.

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad menerusi akaun Twitternya juga turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan Faiz.

Dia juga turut memberi amaran jika dia terdengar Faiz menjawab lagi selepas ini dia akan membuat sesuatu.

Rata-rata pengikut dan peminat Sharnaaz di Twitter semuanya menyokong pelakon ini.

Sumber Twitter Sharnaaz Ahmad

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?