“Kau Tu Dah Tua, Tak Payah Sibuk Nak Style Sangat!”

Penerbit dan pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly pernah dikritik netizen mengenai fesyen busana yang dipakainya ketika rakaman rancangan tersebut. Netizen berpendapat fesyen pengacara ini tidak sesuai dengan rancangan tersebut yang bakal disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Terbaru, Sheila Rusly meluahkan rasa bengang di laman Instagram miliknya apabila menerima mesej secara peribadi dari netizen. Mesej berkenaan berbaur unsur teguran terhadap umur dan fesyen pengacara itu.

‘Kau dah tua!’

Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!!

Sheila Rusly menerima beberapa mesej di Instagram dari netizen yang menegur fesyen yang dikenakan adalah tidak sepadan dengan usia. Dia mendefinasikan teguran itu sebagai lumrah kehidupan manusia. Malah, dia juga tidak menghiraukan kritikan netizen selagi fesyennya tidak melampaui batas.

‘Chill la tua pun kena cantik apa…’

‘Yang penting sis nampak cantik’

Credit: Instagram Sheila Rusly 

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?