“Kenapa lelaki tak ketuai doa? Aminkan doa dipimpin wanita?…” – Video Neelofa baca doa dipersoal netizen

Biarpun sering dilanda kontroversi dan menjadi mangsa kecaman netizen, pelakon dan pengacara Neelofa kekal utuh apabila memenangi Top Top MeleTOP bagi kategori wanita buat kali kedua berturut-turut.

Terbaru, usahawan butik Naelofar Hijab itu telah memuat naik sebuah video berkongsi detik-detik sebelum berlangsung Anugerah Meletop Era (AME 2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad lalu.

Rakaman video berdurasi 16 saat itu kelihatan Neelofa mengetuai bacaan doa bersama kru produksi di belakang pentas, memohon agar majlis gilang-gemilang itu berjalan dengan lancar.

Perkara itu menarik perhatian netizen untuk memberikan pendapat yang rata-rata mempersoalkan mengapa tidak kaum Adam yang mengetuai bacaan doa tersebut.

Lagi bagus kalau lelaki…

Berdoa tapi berhibur…

Namun tidak kurang ada juga yang memuji kehebatannya sebagai seorang wanita yang mampu mengetui bacaan doa walaupun majoriti video berkenaan dikelilingi oleh beberapa orang lelaki.

Salah ke wanita baca doa?

“Aku pun tak mampu..”, respek!

Sumber : _Annisss

 
Kredit; Ohmymedia
 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Kenapa lelaki tak ketuai doa? Aminkan doa dipimpin wanita?…” – Video Neelofa baca doa dipersoal netizen – Ceritaviralhq

Comments are closed.