‘Lidi Kalau Sebatang Senang Nak Patahkan..’ – Dengar Nasihat Ibu, Netizen Puji Fadzil Zahari

Sejak dari minggu lepas isu Dato’ Farid Kamil masih lagi menjadi bualan hangat netizen. Pelakon itu mengucapkan rasa syukur selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 12 ribu menerusi live dari Berita Harian.

Artikel Berkaitan : TERKINI! Farid Bebas…Ini Kata2 Farid Selepas Di Bebaskan Dan Ingin Bertemu Dengan…..

Terbaru, adik kepada Farid iaitu Fadzil turut meluahkan rasa syukur selepas abangnya dibebaskan. Status terbarunya di Facebook membuatkan ramai netizen tersentuh hati. Rata-ratanya memuji hubungan kuat di antara mereka.

Terima kasih pada semua yang bersama kami

Alhamdulillah… terima kasih Allah…

Kecik kecik dulu kami selalu bergaduh & mama abah selalu marah…

“Lidi kalau sebatang, senang ja orang nak patahkan, tapi cuba kamu ikat lidi tu banyak banyak, cuba patahkan? Susah dak?
Sama la kamu adik beradik, kalau sorang sorang kamu mudah di jatuhkan, tapi kalau kamu bersatu, insyaAllah…” – MAMA

Terima kasih pada semua yang berada bersama kami dari hari pertama.

Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan.

Terima kasih pada PDRM..

Terima kasih semua…

Berkat bersatu adik beradik

Sumber : Fadzil Zahari

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?