‘Ni Nak Siasat Atau Ajak Dia Dating?’- Giliran Damian Mikhail Persoal Isu Nur Sajat

Baru-baru ini, timbul kembali isu jantina usahawan kosmetik Nur Sajat yang menyebabkan masyarakat terus berteka-teki mengenai identiti dirinya. Berhubung ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun mengambil tindakan berjumpa usahawan berkenaan menerusi suatu ‘sesi perkenalan’ beberapa hari lepas.

Perjumpaan itu dikatakan telah berlangsung secara positif di mana pihak Jakim difahamkan telah pun menemui jalan penyelesaian berhubung identiti sebenar Sajat. Namun demikian, pengisian sebenar sesi itu tidak diketahui, meninggalkan ramai yang tertanya-tanya mengenai bentuk penyelesaian yang akan diguna pakai bagi menangani kes ini. Terbaru, bekas anggota VE, Damian Mikhail dilihat marah dan mengkritik ‘cara’ isu itu ditangani sambil menyifatkan ada sesuatu yang mencurigakan dengan pertemuan antara Jakim dan Sajat.

Ni nak siasat ka nak ajak dating?

Biar betul … Ada bau hancing sikit ni. Kenapa ada layanan yg begitu istimewa begini bg dia? Ini menjadikan JAKIM kelihatan sangat buruk. Macam tiada pendirian. Sebagai penguatkuasa Islam di negara kita, double standard  seperti ini buat saya hilang rasa hormat terhadap Jakim. Ni nak siasat atau nak ajak dia dating? Ustaz pun kena sekat sana sini. Pondan jugak yang berkuasa.
Anda tidak boleh “menyelesaikan” isu ini kecuali anda menghentikannya daripada mempromosikan dirinya sebagai seorang wanita dan bertaubat.. Dan minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana tidak menghormati Islam dan sensitiviti budaya Malaysia.

Dalam kemas kini statusnya itu, Damian meluahkan rasa kecewa sambil akui hilang hormat terhadap pihak berkenaan yang dikatakan cuba ‘menghalalkan’ invividu-individu seperti Sajat. Katanya, sewajarnya pihak berkenaan harus tegas dalam menangani isu itu dengan menasihati Sajat untuk berhenti mempromosikan dirinya sebagai wanita.

Sumber: Instagram Damian Mikhail

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?