Panas! Kali Pertama Bertentang Mata Selepas Direman, Diana Danielle Dilihat Menyelak Rambut Dan Cuba Melihat Kesan Luka Pada Dahi Farid Kamil! Selepas Itu Kedua-duanya Berbisik Seperti…

PETALING JAYA: Aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil, menganggap kontroversi yang menimpanya sebagai ujian getir yang memberi warna dalam kehidupannya.

Farid turut meluahkan kesyukuran apabila dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM12,000 selepas lima hari berada dalam tahanan reman.

“Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya.

“Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya,” katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Farid yang ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini tampak ceria dan lebih bersemangat berbanding ketika ditahan polis pada Khamis lalu.

Beliau turut menyatakan kerinduan kepada dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.

“Saya mahu berjumpa anak-anak. Saya rindukan mereka,” jawab aktor terbabit apabila ditanya perkara pertama yang ingin dilakukan sebaik dibebaskan.

Farid dibawa pulang menaiki kenderaan ahli keluarganya.

Sebelum itu Datin Diana Daniella, 26, yang dilihat hadir pada hari keputusan pendakwaan Datuk Farid Kamil Zahari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, enggan memberi sebarang maklum balas berhubung isu membabitkan suaminya itu.

Walaupun diasak media, Diana yang hadir mengenakan baju kurung kapas berbunga tanpa secalit mekap itu hanya mendiamkan diri dan sekadar membalas setiap soalan dengan senyuman.

“Maaf. Saya tak boleh bagi kenyataan. Terima kasih sebab sudi datang,” katanya hanya yang menunggu di dalam kamar mahkamah selepas melihat ramai wakil media menunggunya di pintu hadapan.

Sebelum itu, Diana yang berpeluang mendekati suaminya dilihat menyelak rambut Farid untuk melihat kesan luka yang terdapat pada dahinya.

Begitupun, kedua-duanya tidak kedengaran bercakap sebaliknya hanya memandang satu sama lain.

Ini kali adalah kali pertama ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat hadir ke mahkamah sejak Farid ditahan Khamis lalu.

Turut berada di mahkamah ialah dua adik aktor terbabit, iaitu Fadzil Zahari dan Dr Anis Anwar.

Pelakon filem Tombiruo sebelum ini sudah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin, namun disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

Terdahulu, Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan lanjut daripada Diana terus gagal apabila dia meninggalkan kompleks mahkamah menaiki kenderaan yang dipandu pembantu peribadinya kira- kira jam 12.30 tengah hari.

Sumber : BeritaHarian

Kredit; bukubiru.site


Apa Kata Anda?