Peminat Hip Hop Dakwa Lagu ‘Mambang’ Ditujukan Kepada Malique, Ini Cerita Sebenar Dari Altimet

Selain Joe Flizzow dan Malique, nama Altimet boleh dikatakan sama hebat dalam dunia genre muzik Hip Hop. Ini terbukti lagu-lagu penyanyi rap itu sering diputarkan di radio-radio tempatan. Tambahan lagi baru-baru ini Altimet antara salah satu finalis di Anugerah Juara Lagu 32. Apa yang kami boleh katakan persembahannya sangat bertenaga dan sangat menghiburkan.

Terbaru, Altimet melebarkan lagi empayarnya dalam industri hiburan dengan lagu terbaru bertajuk ‘Mambang’. Tetapi menerusi segelintir peminat Hip-Hop tempatan, lagu ini ditujukan untuk bekas anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique. Eh betul ke? Baca penjelasan dari Altimet sendiri.

Lagu untuk Malique?

Seorang pengguna Twitter telah meleraikan satu persatu maksud disebalik bait lirik lagu ‘Mambang’. Tapi adakah betul dengan apa yang dia sangkakan ini? Mungkin Altimet hanya menceritakan kisah berdasarkan masa lampaunya dan kebetulan ia sama jalan cerita dengan Malique.

Ini penjelasan dari Altimet

‘Aku dapat idea untuk aku yang dulu..’

‘Aku taknak lalu pengalaman aku sekarang’

‘Aku tak pernah ambil pusing pasal rappers lain’

Altimet sudahpun menerangkan dengan terperinci maksud sebenar lagunya itu. Anda dah dengar ke belum lagu ‘Mambang’ tu?

Sumber: Twitter AltimetYoutube Warner Music Malaysia

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?