“Punye Sedap Sampai Tak Boleh Move On!” – Didakwa Muat Naik Kapsyen Sindir Intan, Ude Wahid Dikecam Hebat?

Kontroversi antara pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid dan Intan Liana akhirnya berakhir selepas Intan sah cerai talak satu pada bulan lalu.

Di saat isu panas ini dilihat hampir reda, Ude dalam kapsyen Instagramnya nampaknya kembali menghangatkan suasana!

A post shared by Ude Wahid (@udewahid) on

Mana tidaknya, Ude melalui entri Instagramnya menulis “Nyum, thank you @izreen.azminda. Punya sedap sampai tak boleh move on. Kata roti telur move on, eh berapa banyak move on daa” sehingga mengundang kecaman netizen.

Nyum… Tq ❤ @izreen.azminda ???? Punye sedap smpai xle move on..???? Kate roti tlur move on.. Eh brp byk move on daaa????

A post shared by Ude Wahid (@udewahid) on

Gambar berkenaan yang viral dan dikongsi beberapa laman terkenal mendapat perhatian netizen dan rata-rata mendakwa status berkenaan sengaja dibuat untuk menyindir bekas isterinya itu.

Selain menerima kecaman orang ramai, ada juga yang mempertikaikan bentuk roti telur Izreen.

Entri berkenaan yang dimuat naik di laman Instagram peribadi Ude hanya mendapat 1K likes daripada para penguna Instagram.

Sumber Instagram Ude Wahid

KisahDunia.COM / ceritadunia.org


Apa Kata Anda?