“Tak Kisah Kalau Nak Bercakap Mengenai Payudara Saya. Pagi Petang Siang Malam Pun Berceritalah. Tapi…”- Reaksi Kak Lina

Persaingan Mentor Otai yang pertama sudah pun selesai pada Ahad dan pastinya setiap protoge cuba memberikan persembahan terbaik pada saingan sulung, yang dipancarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Selain persembahan memukau daripada para pesertanya, tidak kurang juga netizen yang seakan mengkritik pengacaraan Elly Mazlein yang dilihat gedik dan mengada-ngada.

Malah tidak kurang yang melihat penampilan bintang yang sinonim dipanggil Kak Lina Pom Pom itu agak seksi kerana mengenakan persalinan ketat hingga menampakkan bentuk tubuh, khasnya di bahagian dada.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Kak Lina memberitahu MH dia tidak kisah mengenai segala kritikan dan kecaman yang diberikan, kerana sudah cuba menjalankan tanggungjawab sebab hos program realiti berkenaan sebaik mungkin.

“Saya sudah lakukan yang sehabis baik. Asalkan saya tak buat benda bukan-bukan di atas pentas. Bagaimanapun, setiap krtitikan yang datang saya terimanya dengan hati terbuka. Meski ada yang kecam, tetapi mereka tetap tonton dan daripada situ, saya nak ucap terima kasih sebab setiap pandangan itu setidak-tidaknya boleh baiki kelemahan yang saya ada.

 

“Saya hormati segala apa pandangan orang dan itu adalah pendapat masing-masing. Semua ada hak untuk bersuara. Tapi tak mengapalah. Yang sokong saya lagi ramai daripada yang tak suka,” katanya.

Akui penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini lagi, dia juga sudah kalis dengan kritikan ramai. Kongsi Elly, dia bersama rakan pengacara, Haziq (Hot fm) cuba memberikan yang termampu untuk menghiburkan penonton.

“Ini adalah kerja sama dan rasanya, ada juga pengacara lain yang turut dikecam melibatkan cara kendalian mereka. Saya tak mampu nak puaskan hati semua. Tinggal lagi, saya juga nak gembirakan team produksi.

 

“Ibaratnya mereka adalah majikan saya dan pastinya saya kena puaskan hati orang yang sudah amanahkan saya dengan tanggungjawan ini. Saya juga perlu berikan yang terbaik untuk pengikut program Mentor juga,” luahnya lagi.

Ditanya mengenai penampilannya pula, Elly dalam nada seloroh memberitahu, hentikanlah bercakap mengenai isu buah dadanya.

“Saya tak kisah kalau orang nak bercakap mengenai payudara saya. Pagi petang siang malam pun berceritalah. Tapi bagilah ruang untuk bercakap hal lain juga, misalnya dalam sisi kerjaya saya. Dada tu tetap ada kat badan saya ni. 

 

“Harapnya, orang yang suka bikin cerita yang ‘mengundang’ ni suapay move on. Kita cakap hal lain sahajalah…,” akhiri Elly yang kini turut sibuk dengan penggambaran drama rantaian, Teratai Kemboja. 

Foto: Instagram Elly Mazlien

Sumber; MH


Apa Kata Anda?