‘Tak Terdetik Di Hati Hina Siapa-Siapa’ – Michael Ang Mohon Maaf Isu Tahlil Di Zouk

Pengarah terkenal, Michael Ang rupanya terpalit sama dengan kontroversi pelancaran tudung Neelofa di sebuah kelab malam baru-baru ini. Michael dalam satu videonya mengatakan jika dibayar, majlis tahlil pun boleh diadakan di kelab terbabit.

Keadaan itu membuatkan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kenyataan pengarah berkenaan yang dirasakan menyentuh sensitiviti agama Islam. Tidak lama kemudian, pengarah ini membuat kenyataan terbukanya mengenai isu berkenaan.

Minta maaf secara terbuka

Michael menerusi Instagramnya meminta maaf secara terbuka atas keterlanjurannya tempoh hari. Menurutnya lagi, daripada menggunakan tahlil sebagai contoh, dia sepatutnya menyebut majlis lain seperti bertunang, bersanding atau hari jadi sebagai contoh.

Tambah pengarah Suri Hati Mr.Pilot ini lagi, permohonan maaf dari lubuk hatinya itu diharapkan diterima oleh semua kerana Tuhan pun mengampunkan hamba-Nya.

Satu ujian atas keterlanjuran kata-kata

Tidak cukup menerusi video, Michael juga memuatnaik Igstory bagi tujuan sama. Namun, ada pesanan pedas untuk  mereka yang masih enggan percaya dan menerima permohonan maafnya itu. Ujar pengarah ini, apa yang berlaku sebelum ini dianggap sebagai pengajaran buat dirinya yang terlanjur cakap.

Michael juga sempat menempelak netizen yang dikatakan ‘alim sangat’ dan meninggalkan komen menghina serta berkata kasar kepadanya. Bagaimanapun dia sudah memaafkan golongan tersebut.

Dia juga menegaskan tidak terdetik sedikit pun untuk dirinya menghina sesiapa dengan video yang viral beberapa hari lepas itu.

Sumber: Michael Ang

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?