[VIDEO] Majlis Pelancaran Tudung Afdlin Shauki Pula Dikecam! Kerana Mempermainkan Isu Tudung? Ini Respond Afdlin Shauki

Tirai bulan ini dipenuhi dengan pelbagai cerita panas daripada selebriti tempatan sehingga mendapat liputan luas dari pelbagai media. Selepas sahaja isu majlis pelancaran Tudung Neelofa yang diadakan di sebuah kelab malam, kini giliran pelakon serta pengarah , Datuk Afdlin Shauki pula menerima nasib yang sama seperti Neelofa.

Afdlin Lancar Tudung Transformers

Menerusi Instagram nya, Afdlin telah memuat naik sebuah video ketika Majlis pelancaran tudungnya di lokasi acara miliknya, Afdlin Comedy Planet. Dalam video yang berdurasi hampir 1 minit itu, terlihat Afdlin serta beberapa orang wanita dan lelaki menunjukkan gaya memakai tudung yang dikenali sebagai tudung transformers di majlis serba ringkas itu.

Giliran Afdlin Dikecam

Tidak lama kemudian, pelakon ini turut memuat naik video ‘tutorial’ yang menunjukkan gaya memakai tudung transformers itu.

 

Seperti yang dijangka, videonya yang sebelum itu turut dikecam netizen dengan mendakwa beliau sebagai seorang lelaki tidak seharusnya memakai pakaian seperti seorang wanita apatah lagi memakai hijab perempuan.

 

Untuk tempahan telekung Miasara dari BOB by Afdlin Shauki sila CALL/WHATSAPP SHAFIQ : 0162987401 #telekungmiasara #bobbyafdlinshauki

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Tidak mudah melatah dengan komen – komen tersebut, Afdlin sekali lagi memuat naik sebuah video dengan menyangkal dakwaan liar itu serta turut menerangkan situasi sebenar tujuan beliau melakukan sedemikan rupa. Rupanya beginilah keadaan netizen yang terlalu cepat melatah.

 

Sumber : Instagram Afdlin Shauki

Kredit; Hangat.com / Soyalemon.net


Apa Kata Anda?