Ada Kesan Lebam Bawah Mata Cucu, Chef Wan Berang Dengan Bekas Menantu

Rumah tangga Serina Redzuawan dan Gavin Edward sudah pun terlerai setelah Serina memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah tahun lalu. Kini tampil Chef Wan bersuara di laman Instagram miliknya apabila menerima satu video yang menyayat hati. Video tersebut memaparkan anak perempuan Serina, Bella, kelihatan lebam di bahagian bawah mata.

Walaubagaimanapun, Chef Wan amat tidak berpuas hati akan nasib ditimpa cucunya dan menyuruh Serina untuk membuat laporan polis. Chef Wan juga berkesempatan mendedahkan sisi gelap sikap bekas menantunya itu kepada umum.

Sudah 3 minggu simpan dalam hati

Video ini diambil oleh Serina apabila berpeluang jumpa anaknya dan video ini dihantar kepada Chef Wan. Dia yang telah lama menahan rasa marah terhadap sikap kurang ajar bekas menantu telah mendedahkan kesengsaraan rumah tangga Serina sebenar kepada umum.

Jumpa hujung minggu saja

Serina turut dilarang berjumpa anaknya pada hari biasa, malah, hanya dibenarkan ketemu anak pada hujung minggu saja. Chef Wan juga berasa bengang apabila dirinya juga tidak dibenarkan berjumpa cucu kesayangan.

Mat Salleh kurang ajar!

Sejak hari pernikahan Serina dan bekas suami lagi, Chef Wan mengakui dirinya tidak merestui perkahwinan ini dek sikap Gavin yang kurang ajar. Namun, dia terpaksa kelihatan gembira apabila berdepan anaknya dan bekas menantu.

Saya sanggup masuk lokap demi keadilan

Dia menyarankan agar Serina bertegas demi hak penjagaan anak-anak agar masalah demikian dapat dibanteras. Malah, Chef Wan sanggup berkorban apa saja demi keadilan walaupun perlu dihadapkan ke mahkamah dan disumbat ke dalam lokap. Maka, kes ini perlu dibawa ke muka pengadilan semula bagi mendapatkan hak penjagaan anak.

Lagak di negara orang!

Chef Wan turut memberi amaran buat bekas menantunya agar memberhentikan kes buli terhadap anak dan dirinya. Malah, dia juga nekad untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

Credit: Chef Wan


Apa Kata Anda?