‘Aku Guru Novis & Tetap Berjuang’ – Kisah Menyentuh Hati Guru Yang Dulu Pernah Berbakti Dan Kini…

Sesungguhnya tanggungjawab dan tugas seorang pendidik adalah besar dalam mencurahkan ilmu buat anak bangsa. Guru tidak hanya mendidik ilmu formal disekolah, malah mereka juga berperanan membentuk keperibadian dan akhlak murid.

Kadang kala mereka perlu mengorbankan masa demi mencurahkan ilmu kepada anak murid dari pagi hingga malam. Pendek kata, pengorbanan dan tugas guru sangat penting bagi membentuk bakal pemimpin.

Kisah perjuangan cikgu Abdullah Kabir berdepan detik cemas. Dulu sepasang tangan ini pernah berbakti dalam mendidik anak bangsa dan kini dia redha akan ketentuanNya. Gambar terakhir ini menyentuh hati.

Detik cemas bagaikan mimpi ngeri

Kisah ini dikongsi Rizal Hakim mengenai detik cemas yang diceritakan mangsa, cikgu Abdullah Kadir berdepan kemalangan jatuh gaung di Jalan Bentong-Raub, Bukit Lebu. Namun, ketabahan dan kecekalan dia dapat bertahan untuk berjuang mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

Berita kemalangan ini pernah dimuatkan dalam myMetro pada 26 Mac 2018. Lihat foto guru ini hingga yang terakhir dan korang akan merasai sendiri erti kecekalan dan keredhaan disebalik hikmah terjadi.

Kecekalan seorang guru

Tangannya pernah berjasa

Hilang kawalan, ia bagaikan mimpi ngeri

Kehilangan tangan kanan akibat tersepit

Dia redha dan masih tersenyum

Aku akan bangkit

Kekurangan dia kini bukan lagi sebuah penghalang untuk mendidik dan mencurahkan baktinya. Semoga kecekalan guru ini menjadi inspirasi dan kekuatan untuk kita semua.

Credit: Abdullah Kadir

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?